More
    Home Sarawak Limbang Limbang dan Lawas rancang laksana projek bernilai RM1.5 bilion

    Limbang dan Lawas rancang laksana projek bernilai RM1.5 bilion

    KUCHING, 8 APRIL 2019 (SNN) – Projek bernilai RM1.5 bilion dirancang untuk daerah Limbang dan Lawas bagi tahun 2019 dan 2020. Peruntukan Kerajaan Sarawak ini adalah yang terbesar dalam sejarah untuk membangunkan dua buah daerah yang terletak dihujung sebelah utara ini. Betapa tidaknya jika dicongakkan Bahagian Limbang ini hanya didiami oleh 93,300 orang di dalam kawasan sebesar 7790 km/segi. Rakyat pasti akan mendapat manfaat yang sangat banyak setelah semua projek berjaya dilaksanakan dalam tempoh tempoh dua tahun ini.

    Dr. Abdul Rahman sedang berbincang sesuatu sambil diperhatikan oleh Paulus dan peserta bengkel

    Rancangan pembangunan ini telah dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datu Ismawi bin Ismuni ketika merasmikan Bengkel Pelaksanaan Projek NRDA di Penview Convention Centre, Demak, Kuching pada pagi ini. Turut hadir dalam bengkel ini adalah pemegang taruh Yang Berhormat Dr. Abdul Rahman bin Ismail, Menteri Muda Pertanian merangkap wakil rakyat Bukit Kota dan Yang Berhormat Paulus Gambang, Wakil Rakyat Batu Danau; kedua-duanya dalam Daerah Limbang. Ir. Ahmad Denny, Residen Bahagian Limbang; Datu Dr. Sanib bin Said dan Datu Maria Hasman yang merupakan ahli Jawatankuasa Kecil NRDA.

    Salah satu kumpulan bengkel sedang berbincang

    Ismawi menerangkan bahawa projek-projek yang akan dilaksanakan adalah meliputi prasarana, kemudahan awam, bangunan dan sosio-ekonomi. Bengkel selama tiga hari ini melibatkan jabatan dan agensi kerajaan serta swasta berjumlah lebih dari dua ratus orang. Bengkel ini dianjurkan adalah untuk mempastikan semua projek dirancang dengan terperinci untuk menjamin kejayaan yang penuh.

    Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli dan Menteri Pembangunan Industri dan Usahawan serta wakil rakyat Bukit Sari, Lawas, akan melakukan penangguhan rasmi bengkel pada 10 April 2019.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...