- Teknolgi elektroliser Siemens mampu menghasilkan sekitar 350 kg hidrogen sejam, sedangkan kapasiti semasa Sarawak dianggarkan sekitar 130 kg sehari.
- Sarawak turut berminat meneroka turbin gas serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui Pusat Inovasi Siemens.
BERLIN: Sarawak meletakkan objektif untuk bekerjsama dengan syarikat global gergasi Jermen, Siemens Energy bagi menggandakan pulangan dalam agenda hidrogen negeri sebagai peneraju tenaga hijau di Malaysia.
Penyataan ini disebutkan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Siemens Energy membuka ruang baharu untuk Sarawak meneroka pemindahan teknologi, khususnya dalam pengeluaran hidrogen.
Sehubungan itu, Sarawak Energy Berhad (SEB) bersama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak akan meneliti bidang kerjasama yang sesuai dalam proses tersebut termasuk peluang pembelajaran dan pelaksanaan berfasa.
Selain elektroliser, Sarawak turut berminat meneroka turbin gas Siemens. Teknologi turbin gas berkenaan dinilai berpotensi diaplikasikan di Samalaju, dengan kemungkinan penaiktarafan dari semasa ke semasa. Kemudahan simulasi tersebut juga dilihat boleh dimanfaatkan oleh pengguna dan institusi di Sarawak.

Sebelumnya, delegasi Kerajaan Negeri Sarawak mengadakan pertemuan dengan Thorbjörn Fors, Naib Presiden Kanan merangkap Pengarah Urusan Asia Pasifik Siemens Energy, dan Juha Pankakoski, Naib Presiden Eksekutif bagi Fungsi Global. Turut mengiringi Premier ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan Petros) Datuk Ibrahim Baki, serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Datuk Sharbini Suhaili.