STEM dalam Bahasa Inggeris di Sarawak masih dibincangkan

0
279
Sumber: Facebook Rasmi Menteri Perpaduan Dato' Sri Aaron Ago Dagang

Kuching, 23 Ogos 2025: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, kerajaan negeri Sarawak masih menunggu keputusan Mesyuarat Teknikal Ahli Jawatankuasa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berhubung permintaan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar mata pelajaran.

Ulas Roland Sagah terdapat banyak perkara yang perlu dibincangkan mengenai isu. Namun apa yang  penting, Sarawak mahu terus menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Justifikasi Sarawak, jelas beliau adalah, jika penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dihentikan selepas Tingkatan Tiga, ia tidak adil kepada pelajar yang telah mempelajari semua subjek dalam bahasa Inggeris selama sembilan tahun tetapi akhirnya terpaksa menggunakan Bahasa Melayu.

Sebelumnya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata tuntutan itu antara perkara utama yang akan dibentangkan oleh wakil Sarawak dalam mesyuarat berkenaan.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak

Jelas, Datuk Seri Fadillah Yusof  terdapat cabaran terbesar dalam melaksanakan dasar ini adalah penyesuaian dengan dasar nasional, khususnya dasar bahasa yang menetapkan keseragaman dalam sistem pendidikan negara kata beliau ketika ditemu bual selepas Program Bicara Eksekutif MADANI di Dewan Utama Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak pada 17 Ogos lalu. 

“Kalau ada yang beralih terus daripada dasar kebangsaan, mungkin keseragaman pendidikan di peringkat nasional akan terjejas.”

Namun kedua-dua pihak komited ke arah mencari kaedah terbaik untuk memudahkan Sarawak melaksanakan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam bahasa Inggeris.

Beliau turut membayangkan bahawa pendekatan mungkin diambil adalah mengekalkan dasar sedia ada, tetapi memperkenal penambahbaikan atau pengkhususan tertentu untuk Sarawak.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada isu ini berkait program dwibahasa (DLP) yang sedang dilaksanakan di Sarawak, Fadillah tidak menolak kemungkinan perkara itu antara yang bakal diperhalusi dalam mesyuarat berkenaan.

Ketika ditanya mengenai permintaan autonomi pendidikan oleh Sarawak, beliau menegaskan ia bukan soal menyerahkan kuasa sepenuhnya, sebaliknya memberi pertimbangan terhadap tahap autonomi yang sesuai.

Beliau menegaskan bahawa permohona autonomi pendidikan oleh Sarawak bukan  merujuk kepada autonomi sepenuhnya, tetapi setakat mana yang boleh diberi, akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63.

Dilaporkan, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 pada 18 Ogos lalu turut membincangkan beberapa isu lain selain pendidikan antaranya termasuk penubuhan Pusat Kanser Sarawak serta keperluan infrastruktur kesihatan lain di negeri itu yang kini dalam proses semakan dan pelaksanaan secara berperingkat.

Mesyuarat MA63 adalah platform utama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri Sabah serta Sarawak untuk menyemak semula pelaksanaan hak-hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Leave A Reply

Please enter your comment!
Please enter your name here