More
    Home Sarawak Samarahan Rancangan Malaysia Ke-13: Dari Batang Sadong ke Parlimen

    [Imbasan Parlimen] Rancangan Malaysia Ke-13: Dari Batang Sadong ke Parlimen

    Kota Samarahan 13 Ogos 2025 – Persidangan Parlimen pada 11 Ogos yang lalu menyaksikan perbahasan daripada Ahli Parlimen Batang Sadong, YB Rodiyah Sapiee bagi usul Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

    Malaysia Dalam Mendepani Cabaran Global dan Masyarakat Menua
    Intipati perbahasan beliau menyentuh secara menyeluruh tentang strategi Malaysia di peringkat antarabansga bagi melestarikan keseimbangan pembangunan antara wilayah, memperkukuh ekonomi negara, mengambil kira cabaran global serta isu domestik seperti kos sara hidup dan peningkatan populasi menua.

    Ahli Parlimen Batang Sadong itu juga menekankan dalam ucapannya, beberapa kepentingan negeri Sarawak seperti pendidikan, kesihatan dan komunikasi bagi memastikan pembangunan inklusif dan seimbang terutama di kawasan-kawasan luar bandar.

    Ahli Parlimen Batang Sadong mengemukakan cadangan agar Malaysia memastikan rantaian import makanan dari negara BRICS kekal stabil, berdaya saing dan murah melalui perjanjian perdagangan strategik.

    Di awal perbahasan, beliau menekankan kepada peri penting strategi khusus dirangka bagi memastikan keterjaminan makanan melalui pengukuhan pengeluaran domestik dan kepelbagaian sumber import bagi menghadapi krisis geopolitik, perubahan iklim dan gangguan rantaian bekalan. Saranan beliau, Malaysia sebagai ahli baharu BRICS, diberikan peluang untuk memperkukuh kerjasama dengan kuasa besar pertanian BRICS yang telah melaksanakan Pelan Tindakan Keterjaminan Makanan 2021-2024.

    Selain itu, KPKM khususnya dicadangkan untuk merangka strategi jangka panjang melibatkan pemindahan teknologi, pelaburan sektor pertanian termasuk penyertaan aktif dalam rangkaian bekalan makanan serta produk halal di peringkat global.

    Isu kedua yang diutarakan oleh YB Rodiyah Sapiee adalah berhubungan dengan kegusaran terhadap dasar kependudukan negara. Menurut beliau, penurunan kadar kesuburan, penuaan populasi dan ketidakseimbangan pembangunan wilayah jelas akan membawa implikasi besar kepada tenaga kerja dan perancangan infrastruktur negara. Oleh sebab itu, ujarnya, kerangka RMK13 memberi fokus kepada pembinaan ekosistem mesra warga emas menjelang 2030 merupakan satu tepat. Pun begitu, pedekatan kerajaan dilihat masih terlalu reaktif lantas perlu disokong dengan memperkenalkan dasar pencegahan jangka panjang bagi memperlahankan kadar penuaan negara.

    Antara cadangan yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong adalah untuk menghidupkan semula Dasar 70 juta Kependudukan sebagai strategi jangka panjang untuk merangsang pertumbuhan ekonomi domestik yang mampan. Beberapa strategi yang dicadangkan dalam dasar ini adalah antaranya:

    “…penyediaan kemudahan penjagaan anak dan akses pendidikan awal berkualiti; penyediaan perumahan mampu milik yang mesra keluarga muda; polisi pekerjaan yang menyokong pembentukan keluarga muda; dan pengecualian cukai pendapatan yang lebih agresif kepada golongan sasar.”

    Apa yang menarik tetang perbahasan Ahli Parlimen Batang Sadong adalah tentang cadangan untuk memperkenalkan Dasar Pandang Ke Borneo

    Pengenalan Dasar Pandang Ke Borneo
    Menurut Ahli Parlimen ini, menyambut baik komitmen RMK13 dalam menyeimbangkan pembangunan antara wilayah, pengenalan Dasar Pandang Ke Borneo adalah penting dalam konteks jangka masa panjang kerana kepulauan ini berkembang menjadi pusat graviti ekonomi baharu. Ini dipacu oleh perkembangan populasi kepulauan ini yang meningkat sekitar 23 juta selain berada di kedudukan strategik di tengah ASEAN. Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan serta potensi kerjasama rentas sempadan dengan Brunei dan Indonesia menjadi antara sebab perlunya sebuah dasar baharu untuk kebaikan bersama.

    RMK-13 dan Sekolah-sekolah Daif Batang Sadong
    Seperkara yang sentiasa menjadi tumpuan penting Ahli-ahli Parlimen GPS adalah isu pendidikan yang menjadi tunjang utama pembangunan yang seimbang.

    Ahli Parlimen Batang Sadong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan dengan Kementerian Kerja Raya atas kejayaan merasmikan bangunan baharu SMK Sri Sadong di Simunjan pada 3 Ogos yang lalu.

    Walau bagaimanapun YB Rodiyah Sapie dalam ucapannya, tetap melahirkan kebimbangan terhadap kelewatan pelaksanaan projek lima buah sekolah daif di kawasan Parlimen Batang Sadong bawah inisiatif RM1 bilion. Ujarnya, meskipun inisiatif ini telah diluluskan hampir enam tahun dengan dana telah tersedia, senarai sekolah telah dikenal pasti, skop kerja telah dirangka dan rundingan pun telah berlangsung, namun projek-projek ini masih belum berjalan dengan pantas.

    Di kesempatan sama, Ahli Parlimen turut melahirkan harapan agar melalui RMK-13 akses kepada institusi pendidikan seperti Kolej Tingkatan Enam, institusi TVET ataupun sekolah vokasional mesti diperluaskan di kawasan Batang Sadong.

    Hospital Simunan Perlu Diberi Keutamaan
    Kawasan Parlimen Batang Sadong juga mengutarakan kkeperluan bagi pelaksanaan projek
    penambahbaikan Hospital Simunjan iaitu pembinaan blok baharu dan kuarters
    bagi petugas kesihatan.

    Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, Hospital Simunjan telah lama beroperasi dalam keadaan serba kekurangan dan kemudahan sedia ada tidak lagi mampu menampung keperluan penduduk

    Oleh sebab itu, melalui RMK-13, projek pembinaan blok baharu dan kuarters perlu dijadikan sebagai salah satu keutamaan. Menurut Ahli Parlimen itu lagi, projek ini sebenarnya telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia 12 dan dirancang untuk dilaksanakan pada tahun ini, 2025.

    Ahli Parlimen Batang Sadong menyampaikan rungutan masyarakat luar bandar di kawasannya yang berhadapan dengan masalah sambungan lemah, terputus-putus malah kadang-kadang tiada langsung walaupun menara telekomunikasi berada berdekatan.

    Jaringan Internet di Parlimen Batang Sadong
    Di akhir sesi perbahasan Ahli Parlimen Batang Sadong, isu penambahbaikan infrastruktur digital di luar bandar Sarawak diangkat untuk perhatian Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital. Isu yang membelenggu rakyat di kawasan luar bandar seperti Batang Sadong adalah kestabilan dan kualiti liputan 4G.

    Berdasarkan statistik semasa, liputan Internet di Sarawak telah mencapai 90.2 peratus pada November 2024. Namun realiti yang disuarakan oleh masyarakat setempat terutama di Batang Sadong menunjukkan prestasi yang sebaliknya. Ujar Ahli Parlimen tersebut, ramai warga  Batang Sadong masih mengadu tentang sambungan yang lemah, terputus-putus malah kadang-kadang tiada langsung walaupun menara telekomunikasi berada berdekatan.

    Beliau menutupi perbahasaanya dengan harapan agar pelaksanaan RMK13 benar-benar menjiwai semangat MA63. Dalam erti kata lain, Kerajaan Sarawak perlu diberi ruang lebih luas dan fleksibel untuk menentukan keutamaan pembangunan dengan keupayaan kerajaan negeri mengetahui isu tempatan dengan lebih mendalam.

    *** Gambar ihsan daripada laman rasmi FB YB Batang Sadong https://www.facebook.com/rodiyah.sapiee/?locale=ms_MY

    qhidirisa
    Journalis dan Editor Sarawak News Network.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    [Imbasan Parlimen] Rancangan Malaysia Ke-13: Dari Batang Sadong ke Parlimen

    0
    Kota Samarahan 13 Ogos 2025 - Persidangan Parlimen pada 11 Ogos yang lalu menyaksikan perbahasan daripada Ahli Parlimen Batang Sadong, YB Rodiyah Sapiee bagi...