More
    Home Malaysia Datuk Len sifatkan pembinaan Jambatan Batang Rajang pemacu infrastruktur dan ekonomi di...

    Datuk Len sifatkan pembinaan Jambatan Batang Rajang pemacu infrastruktur dan ekonomi di Bahagian Tengah Sarawak

    SARIKEI, 28 APRIL 2025: Pembangunan Jambatan Batang Rajang disifatkan sebagai pemangkin utama dalam merancakkan jaringan perhubungan dan ekonomi di Bahagian Tengah yang merangkumi Sarikei, Bintangor, Tanjung Manis, Belawai dan Pulau Bruit.

    Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, menegaskan bahawa pembinaan jambatan strategik itu merupakan bukti kesungguhan kerajaan negeri membangunkan kawasan luar bandar secara terancang dan berpandangan jauh.

    “Tidak lama lagi kita akan membuka Jambatan Batang Rajang, Jalan Pasi Sarikei ke Tanjung Manis. Ini akan memudahkan perhubungan dari Sarikei, Jerijih, Belawai dan kawasan sekitarnya,” katanya ketika berucap dalam Majlis Santai Belia dan Pemuda anjuran Pemuda Kuala Rajang di sebuah hotel di Sarikei pada malam Ahad.

    Datuk Len menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang-foto UKAS

    ADUN Kuala Rajang itu juga mendedahkan bahawa perancangan untuk membangunkan rangkaian jalan dan jambatan tersebut telah dirangka lebih 30 tahun lalu, namun faktor kekangan kewangan menyebabkan ia hanya dapat direalisasikan sekarang.

    “Pembangunan infrastruktur memerlukan perancangan jangka panjang dan kos yang besar. Tanpa wawasan dan perancangan rapi, semua ini tidak akan menjadi kenyataan.

    “Yang tinggal hanyalah kemahuan dan tekad para usahawan untuk memasarkan produk masing-masing,” tambah beliau.

    Dengan terbinanya jambatan ini, Datuk Len yakin aktiviti ekonomi setempat akan berkembang pesat, khususnya dalam mempercepatkan pemasaran produk tempatan.

    Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bahawa projek Jalan Sarikei ke Kampung Bukit Kinyau sepanjang 12 kilometer dengan peruntukan lebih RM80 juta telah diluluskan di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA).

    Projek ini akan disambung ke Sentebu berhampiran Sekolah Kebangsaan St Andrew, Sare.

    Majlis santai tersebut turut disertai lebih 100 peserta termasuk ketua-ketua masyarakat, belia dan pemuda dari kawasan sekitar Kuala Rajang-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Datuk Len sifatkan pembinaan Jambatan Batang Rajang pemacu infrastruktur dan ekonomi...

    0
    SARIKEI, 28 APRIL 2025: Pembangunan Jambatan Batang Rajang disifatkan sebagai pemangkin utama dalam merancakkan jaringan perhubungan dan ekonomi di Bahagian Tengah yang merangkumi Sarikei,...