More
    Home Sarawak Kuching Wisma Melayu akan menjadi simbol usaha memperkasa budaya dan warisan Melayu Sarawak

    Wisma Melayu akan menjadi simbol usaha memperkasa budaya dan warisan Melayu Sarawak

    KUCHING, 24 APRIL 2025: Projek pembinaan Wisma Melayu dengan berkonsepkan reka bentuk tengkolok yang terletak di Jalan Diplomatik, Petra Jaya dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun ini.

    Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) AKYBMS, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, wisma tersebut sepatutnya dijangka siap pada Julai ini, namun atas nasihat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terdapat penambahbaikan yang perlu dilakukan.

    “Sebenarnya Wisma Melayu ini dijangka siap pada Julai ini, tapi setelah kita membuat taklimat berhubung dengan kemajuan pelaksanaan bangunan ini, kita lihat daripada jauh memang cantik dengan reka bentuk tengkolok, tetapi kalau kita tengok dekat, macam rumah.

    “Jadi Premier Sarawak nasihatkan kita supaya kita perbaiki dan disebabkan itulah berlaku sedikit kelewatan. Insya-Allah kita mempunyai sasaran supaya Wisma Melayu ini akan dapat siap pada suku ketiga tahun ini,” katanya berucap dalam Majlis SAMArindok Aidil Fitri 1446H/2025M Anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), pada Rabu.

    Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri dan Premier bersama dif kenamaan menyempurnakan simbolik perasmian Majlis SAMArindok Aidil Fitri 2025

    Majlis berkenaan turut diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Premier Sarawak dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

    Tambah Datuk Amar Awang Tengah, pembinaan Wisma Melayu ini akan menjadi satu mercu tanda penting bagi masyarakat Melayu Sarawak serta sebagai simbol usaha memperkasa budaya dan warisan bangsa.

    Difahamkan, Wisma Melayu itu nanti akan dilengkapi dengan sebuah dewan serbaguna yang mampu menampung seramai 2,000 orang dan sesuai digunakan untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan dan acara rasmi selain menempatkan galeri atau muzium Melayu Sarawak serta pusat informasi dan pendidikan berkaitan sejarah dan kebudayaan Melayu.

    “Dengan siapnya wisma ini kelak, ia akan menjadi simbol perjuangan, pencapaian dan masa depan yang lebih cemerlang buat masyarakat Melayu di Sarawak,” ujarnya lagi.

    Turut hadir sama isteri kepada Premier Sarawak; Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, barisan Kabinet Menteri Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, barisan Kabinet Timbalan Menteri Sarawak, Timbalan Pengerusi AKYBMS; Dato Sri Mohd Naroden Majais; Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS); Datu Dr Sanib Said serta tetamu kenamaan yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Ilmu pendidikan merupakan ‘senjata’ utama dalam memperkasa daya saing agar tidak...

    0
    KUCHING, 24 APRIL 2025: Masyarakat Melayu di Sarawak perlu melengkapkan diri dan anak-anak mereka dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran bagi memastikan mereka mampu bersaing...