More
    Home Malaysia MUT Sarawak & ECoS meterai MoU iktiraf bersama label keselamatan elektrik dan...

    MUT Sarawak & ECoS meterai MoU iktiraf bersama label keselamatan elektrik dan gas

    KOTA KINABALU, 22 APRIL 2025 (SNN): Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUTS) dan Kerajaan Sabah yang diwakili Energy Commission of Sabah (ECoS) meterai memorendum persefahaman (MoU) bagi mengiktiraf bersama penggunaan label keselamatan, label kecekapan tenaga bagi perkakasan elektrik, gegasan gas, perkakasan gas dan kelengkapan gas di Sabah dan Sarawak.

    Majlis menandatangani MoU yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi yang mewakili Kerajaan Sarawak.

    Dato Sri ketika ditemui media memberitahu, persefahaman itu bertujuan membolehkan perkakas elektrik dan gas mempunyai label keselamatan yang diiktiraf seperti SIRIM serta diterima pakai di kedua-dua negeri.

    Menurutnya, persetujuan kedua-dua pihak dicapai bagi memastikan mana-mana perkakasan elektrik dan gas yang mempunyai label SIRIM dapat diterima pakai di Sabah dan Sarawak.

    Majlis petukaran dokumen MoU masing-masing diwakili Ketua Pegwai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid dan Setiausaha Tetap MUT, Datu Jafri Lias

    “Langkah ini dilakukan supaya ada ‘free flow’ untuk pengiktirafan peralatan elektrik dan gas,” katanya selepas majlis berkenaan.

    Tambah Julaihi lagi, selain pengiktirafan label keselamatan tujuan lain persefahaman ini dicapai adalah untuk emngiktiraf piawaian dan undang-undang yang diperakui dan diguna pakai oleh kedua-dua belah pihak (MUT & ECoS).

    Selain itu, ujarnya, MoU itu juga membolehkan perkakasan elektrik dan gas serta yang berkaitan yang telah diperakui kedua belah pihak dapat dipasarkan, dipamerkan serta dijual kepada orang awam tanpa perlu proses verifikasi semula oleh kedua-dua belah pihak.

    Turut hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri iii Sabah; Datuk Shahelmey Yahya, Timbalan Menteri MUT (Sarawak Enegery dan Petros); Dato Ibrahim Baki, Pengarah Pengedaran Gas Sarawak; Kasvenda Kassim serta pegawai kanan dari kedua-dua agensi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MUT Sarawak & ECoS meterai MoU iktiraf bersama label keselamatan elektrik...

    0
    KOTA KINABALU, 22 APRIL 2025 (SNN): Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUTS) dan Kerajaan Sabah yang diwakili Energy Commission of Sabah (ECoS) meterai memorendum...