More
    Home Sarawak Kuching Penubuhan Satu Entiti Tunggal bagi meningkatkan kecekapan pengurusan utiliti air kini di...

    Penubuhan Satu Entiti Tunggal bagi meningkatkan kecekapan pengurusan utiliti air kini di peringkat akhir

    KUCHING, 14 APRIL 2025: Usaha Kerajaan Sarawak dalam menubuhkan satu entiti tunggal kini berada pada fasa akhir yang akan melibatkan proses penggabungan tiga agensi utiliti bekalan air iaitu Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) agar lebih cekap dan tersusun.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, usaha penggabungan tersebut merupakan langkah strategik Kerajaan Sarawak dalam memperkemas pengurusan bekalan air serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat di seluruh negeri.

    “Proses penyatuan ini kini hampir selesai dan dijangka dilancarkan secara rasmi menjelang Jun akan datang dan nama entiti baharu itu juga telahpun ditetapkan,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Bersama Agensi Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad.

    Dato Sri Julaihi merakam gambar bersama YAB Premier semasa kunjungan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MUT

    Walau bagaimanapun,Julaihi turut memaklumkan bahawa hanya Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) sahaja yang belum terlibat dalam penyatuan tersebut buat masa ini.

    Langkah tersebut adalah selaras dengan matlamat Kerajaan Sarawak untuk menyediakan sistem bekalan air yang lebih efisien, khususnya bagi memastikan rakyat di kawasan bandar dan luar bandar menerima perkhidmatan yang seragam dan berkualiti.

    Mengulas mengenai kepentingan SACOFA, Dato Sri Julaihi memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak kini memegang kepentingan majoriti dalam SACOFA Sdn. Bhd. melalui syarikat pelaburan milik penuh kerajaan negeri iaitu SFS Incorporated.

    “Dengan pegangan melebihi 51 peratus, SACOFA kini merupakan agensi milik penuh kerajaan negeri, yang membolehkan syarikat tersebut memainkan peranan lebih besar dalam memperluas liputan infrastruktur telekomunikasi, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman,” Ujar beliau.

    Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak; Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, bersama isteri beliau; Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, serta barisan menteri kabinet negeri dan tetamu kehormat lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Jurang maklumat perlu dikurangkan, pastikan semua lapisan masyarakat nikmati manfaat pembangunan...

    0
    KUCHING, 18 APRIL 2025: Jurang maklumat perlu dikurangkan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati manfaat pembangunan yang dibawa oleh kerajaan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk...