More
    Home Malaysia Manfaatkan kemudahan disediakan di NADI untuk tingkatkan taraf ekonomi dan sosial-Julaihi

    Manfaatkan kemudahan disediakan di NADI untuk tingkatkan taraf ekonomi dan sosial-Julaihi

    SEBUYAU, 16 MAC 2025 (SNN): Penduduk Kampung Sampat Sebangan kini mempunyai akses lebih luas kepada maklumat digital dengan adanya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi dalam ucapannya memberitahu, pusat NADI adalah platform penting yang menyediakan akses kepada maklumat terkini, latihan teknologi digital serta pelbagai inisiatif pembangunan komuniti.

    Tambahnya, beliau turut menggalakkan penduduk setempat, khususnya golongan belia dan usahawan untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial mereka.

    “Pusat NADI bukan sekadar tempat mendapatkan maklumat, tetapi juga menjadi pusat pembelajaran dan interaksi yang boleh membantu masyarakat mendepani cabaran era digital,” katanya semasa berucap merasmikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Kampung Sampat, pada Sabtu.

    Dato Sri Julaihi menandatangani plak perasmian NADI Kampung Sampat

    Kata ADUN Sebuyau itu lagi, pusat ini juga dilengkapi dengan kemudahan komputer, internet berkelajuan tinggi, selain disediakan satu ruang untuk sesi latihan dan bengkel untuk komuniti setempat.

    “Antara program yang dirancang termasuk kursus literasi digital, keusahawanan dalam talian, dan ceramah kesedaran sosial,” ujar beliau

    Turut hadir sama dalam program itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Syed Mohd Fauzi Shahab, Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority; Dato Dr.Anderson Tiong Ing Heng, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Sarawak; Adiman Ajem, Pegawai Daerah Sebuyau; Ayuradiman Bujang dan Pengurus NADI Kampung Sampat Sebangan; Nur Azwa Izzatty Salleh.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sebanyak 453 Menara SMART oleh SDEC sudah ke udara di seluruh...

    0
    SEBUYAU, 19 MAC 2025 (SNN): Program SALURAN yang dilaksanakan Sarawak Digital Economy Coporation (SDEC) adalah inisiatif Kerajaan Sarawak meningkatkan liputan internet dan telekomunikasi di...