More
    Home Sarawak Kuching Dato Ibrahim Baki dijangka angkat sumpah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier...

    Dato Ibrahim Baki dijangka angkat sumpah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Isnin ini

    KUCHING, 14 MAC 2024 (SNN): Naib Presiden baharu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak.

    Memetik laporan daripada DayakDaily memberitahu, satu majlis angkat sumpah beliau menyertai anggota kabinet negeri itu akan dijalankan pada Isnin ini bersamaaan 17 Mac 2025 susulan kemenangannya dalam pemilihan jawatan Naib Presiden PBB Sayap Bumiputera baru-baru ini.

    Dato Ibrahim pada sesi pemilihan jawatan itu telah memperoleh undian tertinggi bagi jawatan Naib Presiden PBB bagi Sayap Bumiputera dengan undian 910 diikuti Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi (900), Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee (788) serta Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh (687).

    Dato Ibrahim Baki dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS

    Jika dilihat latar belakang beliau, Dato Ibrahim memulakan kerjayanya dalam bidang politik pada tahun 1985 setelah menyertai Sayap Pemuda PBB Cawangan Satok dan kemudiaannya bergerak aktif sejak 1987 dalam Pemuda PBB Negeri yang seterusnya berkhidmat sebagai Setiausaha Agung dan Naib Presiden Pemuda PBB selama 15 tahun.

    Beliau kemudiaannya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan difahamkan sebelum dilantik sebagai Naib Presiden PBB Sayap Bumiputera beliau pernah diangkat sebagai Timbalan Setiausaha Agung PBB.

    Memiliki latar belakang pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Kepujian di United Kingdom dan tamat Barrister-at-Law di Lincoln Inn, London, Dato Ibrahim dikatakan telah bergerak aktif bersama PBB lebih 40 tahun.

    “Tidak hanya sebagai figura politik, beliau juga merupakan tokoh korporat yang cukup disegani dan profesional undang-undang terkenal dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam sektor korporat dan syarikat berkaitan kerajaan.

    “Bahkan pada tahun 1984, beliau pada awal kerjayanya pernah berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang PETRONAS di Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu lagi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sebanyak 453 Menara SMART oleh SDEC sudah ke udara di seluruh...

    0
    SEBUYAU, 19 MAC 2025 (SNN): Program SALURAN yang dilaksanakan Sarawak Digital Economy Coporation (SDEC) adalah inisiatif Kerajaan Sarawak meningkatkan liputan internet dan telekomunikasi di...