More
    Home Sarawak Kuching Hospital Gleneagles sediakan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia

    Hospital Gleneagles sediakan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia

    KUCHING, 24 FEBRUARI 2025: Hospital Gleneagles bernilai RM400 juta yang menyediakan 200 katil akan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia termasuklah prosedur pembedahan canggih kepada pesakit di Sarawak.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu, hospital tersebut nanti menawarkan perubatan khusus seperti penjagaan jantung, rawatan kanser termasuklah menggabungkan teknologi perubatan terkini serta pasukan perubatan dalam pelbagai disiplin kepakaran.

    “Dengan mengamalkan amalan terbaik dalam kecemerlangan klinikal, keselamatan pesakit, dan rawatan inovatif, Hospital Gleneagles Kuching akan menetapkan penanda aras baharu dalam bidang penjagaan kesihatan di rantau ini.

    “Dengan menyokong pembangunan seperti ini, kita memastikan bahawa infrastruktur kesihatan kita terus berkembang, selari dengan keperluan rakyat, bukan sahaja untuk masa kini tetapi juga untuk generasi akan datang,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pecah Tanah Hospital Gleneagles Batu Lintang di sini pada Isnin.

    Premier Sarawak ketika menyempurnakan simbolik Pecah Tanah Hospital Gleneagles Kuching-foto UKAS

    Tambahnya, fasiliti yang bertaraf dunia akan membuka peluang untuk menggunakan teknologi terkini dan canggih untuk mereka meneruskan perkhidmatan setelah menjadi doktor.

    “Apabila ada hospital sebegini, orang yang graduate dalam bidang ini seperti daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) boleh direkrut di sini menjadi doktor pelatih.

    “Lepas itu, barulah dia akan bekerja di hospital, bukan sahaja di hospital kerajaan namun kebanyakan akan dihantar di luar bandar untuk menambah bilangan pegawai perubatan di seluruh Sarawak,” ujar beliau.

    Menjelas lanjut mengenai sokongan terhadap penggabungan perubatan timur dan barat di negeri ini, Abang Johari menjelaskan, Sarawak mempunyai asas tumbuhan yang dapat menghasilkan ubat-ubatan baharu.

    Katanya, prosedur perubatan Timur dan juga prosedur perubatan Barat boleh digabungkan, dan mungkin kita di Sarawak sangat bertuah kerana masih mempunyai banyak pokok dan tumbuhan.

    “Tidak seperti negara lain yang tidak mempunyai sumber tumbuhan, mereka hanya menumpukan kepada kaedah penyelidikan Barat.

    “Malah, ketika saya melawat Samsung Biologics di Seoul, mereka sedang meneroka kemungkinan menggabungkan perubatan Timur dan perubatan Barat, terutamanya dalam rawatan kanser,” jelas beliau lagi.

    Turut hadir sama ialah Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Pengerusi IHH Healthcare; Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IHH Healhtcare; Dr Prem Kumar Nair, Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia; Jean-Francois Naa serta Ketua Pegawai Eksekutif Timberland Medical Center dan Hospital Gleneagles Kota Kinabalu; Dr Kelvin Ch’ng-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Hospital Gleneagles sediakan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia

    0
    KUCHING, 24 FEBRUARI 2025: Hospital Gleneagles bernilai RM400 juta yang menyediakan 200 katil akan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia termasuklah prosedur pembedahan canggih kepada pesakit...