More
    Home Sarawak Kuching Program Ziarah Mahabbah wadah perkukuh perpaduan umat Islam

    Program Ziarah Mahabbah wadah perkukuh perpaduan umat Islam

    KUCHING, 14 FEBRUARI 2025: Program Ziarah Mahabbah anjuran Majlis Islam Sarawak merupakan wadah penting dalam usaha memperkukuhkan lagi perpaduan terutamanya dalam kalangan umat Islam.

    Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, program yang bertemakan ‘Tingkatkan Ukhwah, Umah Bermaruah’ ini akan menerapkan dengan lebih mendalam lagi nilai-nilai Islam di samping membimbing umat ke jalan yang benar.

    “Program ini bukan sekadar hanya satu acara tetapi sebuah gerakan menyeluruh yang menyentuh aspek sosial, dakwah, pendidikan dan juga kebajikan.

    “Ia juga merupakan satu platform strategik dalam merealisasikan matlamat Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak tahun 2021-2030 yang antara lainnya berusaha untuk membangun dan memperkasakan umat Islam secara holistik,” jelas beliau semasa berucap dalam Majlis Perasmian Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai, pada Khamis.

    Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyempurnakan gimik Perasmian Majlis Ziarah Mahabbah bagi DUN Pantai Damai-foto UKAS

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu menambah, pendekatan ‘community outreach’ atau jangkauan komuniti yang diterapkan dalam program ini sejajar dengan matlamat Kerajaan Sarawak untuk menyantuni masyarakat terutamanya dalam mendengar permasalahan mereka.

    Ujarnya, beliau amat menghargai inisiatif tersebut yang bukan sekadar mengeratkan hubungan antara pihak berkuasa agama dan masyarakat umum tetapi juga membuka ruang untuk menyelami keperluan sebenar masyarakat serta menambah baik perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi Islam di Sarawak.

    Difahamkan, program ini nanti akan diterapkan dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat termasuklah, kuliah Maghrib, forum ilmiah, bengkel pengurusan jenazah, kursus pra-perkahwinan serta program kebajikan seperti santunan asnaf dan gotong-royong komuniti.

    Turut hadir sama Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak; Datuk Misnu Taha, Setiausaha Majlis Islam Sarawak; Mual Suaud, Ketua Hakim Syarie; Datu Awang Suhaili Ledi, Residen Bahagian Kuching; Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi dan Pengerusi Masjid Darul Hijrah Bandar Baru Samariang; Adeng Yunus serta tetamu kehormat yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak lancar Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri pertama di Malaysia

    0
    KUCHING, 15 FEBRUARI 2025: Sarawak Energy Berhad (SEB) melancarkan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) berskala utiliti pertama di Malaysia yang ditempatkan di Stesen Janakuasa...