More
    Home Sarawak Kuching Perjanjian antara PETROS dan PETRONAS akan diumum dalam waktu terdekat

    Perjanjian antara PETROS dan PETRONAS akan diumum dalam waktu terdekat

    KUCHING, 13 FEBRUARI 2025: Isu minyak dan gas antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak baru-baru ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dan ditafsirkan dengan maklumat yang kurang tepat terutama berkaitan tuntutan Sarawak sebagai agregator tunggal gas di wilayah ini.

    Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, isu yang berlaku sudah mempunyai kesimpulannya untuk isu minyak dan gas namun hanya ada ‘grey area’ yang mana maklumatnya ditafsirkan dengan tidak tepat.

    “Kalau diikutkan, ia sudah jelas tapi bertukar menjadi ‘grey area’ sebab salah maklumat,” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Antara Kerajaan Sarawak dan MAG, pada Rabu.

    YAB Premier Sarawak bersama Menteri Pengangkutan dalam satu sidang media selepas Majlis Tandatangan Perjanjian Jual Beli antara Sarawak dan Kerajaan Pusat-foto UKAS

    Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menambah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu ini dengan baik di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.

    Katanya, perjanjian di antara PETROS dan PETRONAS akan diumumkan dalam waktu terdekat kelak.

    “Namun, saya yakin bahawa berdasarkan kebijaksanaan Perdana Menteri dan Premier Sarawak, kedua-dua pemimpin ini sangat bijak dalam menguruskan isu ini.

    “Saya juga yakin bahawa apabila kita mengumumkannya nanti, ia akan menjadi satu keputusan yang memberi manfaat kepada semua pihak,” jelasnya lagi.

    Turut hadir sama dalam majlis bersejarah itu ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri Pengangkutan Sarawak; Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Malaysia; Anthony Loke Siew Fook, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, barisan Kabinet Menteri Sarawak, barisan Kabinet Timbalan Menteri, Ahli Lembaga MAG; Dato Amirul Feisal Wan Zahir, Peguam Besar Sarawak; Dato Sri Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak; Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan); Dato Sri Muhammad Abdullah Zaidel, Ketua-ketua Jabatan dan tetamu jemputan yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Perjanjian antara PETROS dan PETRONAS akan diumum dalam waktu terdekat

    0
    KUCHING, 13 FEBRUARI 2025: Isu minyak dan gas antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak baru-baru ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dan ditafsirkan dengan maklumat...