More
    Home Malaysia Sumber hidrogen yang melimpah beri peluang kepada Sarawak jana tenaga boleh diperbaharui...

    Sumber hidrogen yang melimpah beri peluang kepada Sarawak jana tenaga boleh diperbaharui sebagai alternatif

    MIRI, 01 FEBRUARI 2025: Sarawak melihat tenaga nuklear sebagai satu pilihan dalam landskap tenaga masa depan, walaupun kelebihan sumber hidrogen yang melimpah di negeri ini membuka ruang kepada alternatif yang lebih lestari dan boleh diperbaharui.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, meskipun reaktor nuklear modular berpotensi menjadi sumber tenaga utama, kekangan mendapatkan uranium menjadikan ia kurang praktikal untuk Sarawak.

    “Nuklear memerlukan uranium, dan uranium bukanlah sumber yang mudah diperoleh. Tetapi Sarawak mempunyai kelebihan tersendiri dengan sumber hidrogen yang banyak – bukan sahaja daripada metane, tetapi juga daripada air (H₂O),” katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina 2025 SUPP Bahagian Miri di Hotel Imperial Miri, pada Jumaat.

    YAB Premier bersama tetamu kehormat lain melakukan simbolik Yee Sang sempena Majlis Makan Malam CNY-Foto UKAS

    Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa hidrogen boleh dicampurkan dengan karbon untuk menghasilkan tenaga sintetik yang berpotensi menggantikan tenaga nuklear, menjadikan Sarawak sebagai peneraju dalam tenaga hijau.

    Malah, katanya Sarawak kini bekerjasama dengan Jepun dalam penghasilan ammonia yang dijangka menjadi bahan bakar utama dalam industri marin.

    “Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba telah menjemput saya untuk bertemu bagi membincangkan usaha penghasilan ammonia sebagai ‘fuel of the marine industry’,” ujarnya.

    Terdahulu, Premier Sarawak turut berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana memberi kepercayaan kepada negeri ini untuk mengendalikan industri gas, yang membuka lebih banyak peluang dalam sektor tenaga dan petrokimia.

    Hadir sama pada majlis ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pengangkutan Sarawak; Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan); Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan; Datuk Sebastian Ting, Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Sarawak; Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam serta tetamu kenamaan lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelancaran Pavillion Sarawak di MWC Barcelona platform Sarawak tarik pelabur asing...

    0
    BARCELONA, 04 MAC 2025: Kerajaan Sarawak secara rasmi telah melancarkan Pavillion Sarawak sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung selama empat...