BETONG, 30 JANUARI 2025 (SNN):Kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam memastikan kawasan di seluruh negeri iniendapat liputan jaringan telekomunikasi yang lebih baik di bawah Projek Menara Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART) menjelang 2028.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, Kerajaan Sarawak melalui agensi Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) bertanggungjawab membina 618 menara SMART di seluruh wilayah Sarawak dan daripada jumlah tersebut sebanyak 575 menara telahpun siap secara fizikal.
Menurutnya, daripada jumlah 575 yang telahpun siap dipasang dengan peralatan teknologi Multi Operator Core Network (MOCN) itu, sebanyak 441 menara telah berjaya di udara@ on air.
“Menara-menara yang menggunakan teknologi MOCN ini boleh diguna oleh semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL dan MySRBN,” jelas beliau ketika mengadakan lawatan kerja ke Menara Serudit, di Betong baru-baru ini.
Turut hadir sama ialah Timbalan Menteri Kesejahteraan Rakyat merangkap ADUN Saribas; Datuk Mohd Razi Sitam, Ahli Parlimen Betong; Dato Ricars Rapu, ADUN Lingga; Dayang Noorazah Awg Sohor, Ketua Pegawai Teknikal SDEC; Hamadlan, Residen dan Pegawai Pejabat Residen Betong, KMKK sekitar Betong.