More
    Home Sarawak Kuching Keputusan Pembinaan Lapangan Terbang Baharu di Tanjung Embang Mengambil Kira Laluan Ruang...

    Keputusan Pembinaan Lapangan Terbang Baharu di Tanjung Embang Mengambil Kira Laluan Ruang Udara Negara

    KUCHING, 20 JANUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti lokasi pembinaan Lapangan Terbang baharu yang terletak di Tanjung Embang Asajaya setelah menilai beberapa faktor dan kesesuaian dalam merancakkan ekonomi.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, terdapat beberapa faktor utama yang diambil kira sebelum memuktamadkan kawasan Tanjung Embang sebagai lokasi baharu lapangan terbang termasuklah keperluan pesawat berlepas dan mendarat dalam lingkup ruang udara Malaysia sendiri.

    Katanya, lokasi tersebut dipilih bagi mengelakkan penerbangan dan pendaratan kapal terbang menerusi ruang udara negara jiran, Indonesia yang mana memungkinkan timbul beberapa masalah pada masa akan datang.

    “Pada awalnya, kita hendak membina lapangan terbang itu di Matang, berdasarkan ketinggian mengikut aturan antarabangsa, semuanya bersesuaian.

    “Namun ianya nanti akan melibatkan ruang udara negara lain, jadi kita terpaksa meminta izin dan membayar harga tertentu kerana di Matang, kapal terbang terpaksa melintas ruang udara negara lain iaitu Kalimantan untuk membuat pendaratan dan ini akan menimbulkan masalah di lain hari kelak,” katanya ketika berucap Merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, pada Ahad.

    YAB Premier merakam gamabr bersama ahli-ahli PBB bagi Zon Selatan usai preasmian

    Tambah Abang Jo lagi, berikutan beberapa aspek yang telahpun diambil kira tersebut, jadi akhirnya kerajaan memutuskan untuk memilih kawasan Tanjung Embang untuk menjadi lokasi lapangan terbang baharu nanti.

    Jelasnya, kawasan itu nanti turut akan menjadi lokasi ekonomi dimana satu pelabuhan laut juga akan dibina di kawasan berdekatan ditambah dengan jaringan jalan raya serta jambatan yang sedang rancak dibina.

    “Oleh itu, tidaklah menjadi masalah bagi rakyat untuk mengakses sekaligus dapat meningkatkan sosioekonomi di kawasan Samarahan dengan kehadiran pengunjung dari dalam mahupun luar negara,” ujar beliau lagi.

    Mengulas lebih lanjut mengenai pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings, Abang Jo memberi bayangan bahawa Sarawak akan mempunyai kuasa untuk mengawal harga tiket penerbangan, yang mana sebelum ini ditentukan oleh syarikat penerbangan lain.

    Turut hadir sama ialah Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak; Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Naib-Naib Yang di-Pertua Kanan Parti PBB Sarawak; Dato Sri Fadillah Yusof dan Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Naib Yang di-Pertua Parti PBB Sarawak; Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Pengerusi Tetap Parti PBB Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Setiausaha Agung Parti PBB Sarawak; Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Ketua Pergerakan Wanita Parti PBB Sarawak; Dato Sri Fatimah Abdullah, Ketua Pergerakan Pemuda Parti PBB Sarawak; Miro Simuh serta dif-dif kenamaan yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Keputusan Pembinaan Lapangan Terbang Baharu di Tanjung Embang Mengambil Kira Laluan...

    0
    KUCHING, 20 JANUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti lokasi pembinaan Lapangan Terbang baharu yang terletak di Tanjung Embang Asajaya setelah menilai beberapa...