More
    Home Sarawak Limbang Pembinaan Jambatan Bandar Lawas rancakkan lagi sektor pembangunan kawasan Utara Sarawak

    Pembinaan Jambatan Bandar Lawas rancakkan lagi sektor pembangunan kawasan Utara Sarawak

    LAWAS, 28 NOVEMBER 2024: Projek Jambatan Bandar Lawas baharu di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dijangka membawa impak besar kepada pembangunan wilayah Utara Sarawak.

    Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Datuk Ismawi Ismuni berkata, dengan peningkatan ketersalinghubungan dan pembukaan peluang ekonomi baharu untuk komuniti setempat.

    Menurutnya, lNRDA baru-baru ini telah mengetuai lawatan tapak bersama pasukan pengurusan projek untuk menilai kemajuan dan memastikan pembangunan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

    Datuk Ismawi ketika membuat tinjauan di tapak projek Jambatan Bandar Lawas-NRDA

    “Salah satu pencapaian utama yang direkodkan semasa lawatan ini ialah pelancaran salah satu rasuk jambatan (girder) yang menandakan kemajuan signifikan dalam pembinaan.

    “Langkah ini menggambarkan komitmen RECODA dan NRDA dalam merealisasikan projek infrastruktur strategik ini demi manfaat rakyat di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan dipetik dari UKAS pada Rabu.

    Ujar beliau, projek berkenaan merupakan salah satu inisiatif penting dari Kerajaan Sarawak di bawah seliaan RECODA bertujuan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi dan sosial di wilayah utara-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Jambatan Bandar Lawas rancakkan lagi sektor pembangunan kawasan Utara Sarawak

    0
    LAWAS, 28 NOVEMBER 2024: Projek Jambatan Bandar Lawas baharu di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dijangka membawa impak besar kepada pembangunan wilayah Utara...