More
    Home Malaysia Pameran Budaya dan Etnik Borneo 2024 promosi kepelbagaian budaya di Pulau Borneo

    Pameran Budaya dan Etnik Borneo 2024 promosi kepelbagaian budaya di Pulau Borneo

    KOTA SAMARAHAN, 23 NOVEMBER 2024 (SNN): Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) anjuran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) telah mengadakan pameran untuk mempromosikan warisan budaya dan etnik yang terdapat di Kepulauan Borneo.

    Memetik siaran AKYBMS, pameran tersebut bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai kepelbagaian budaya di Borneo serta memperkukuh perpaduan antara kaum menerusi pelbagai aktiviti melibatkan interaksi antara pengunjung dan masyarakat setempat.

    Selain itu, kata kenyataan itu lagi, program tersebut juga menjadi salah satu platform untuk memartabatkan keindahan warisan seni dan budaya Borneo, bukan sahaja kepada para pelajar, tetapi juga kepada pengunjung dari luar Borneo.

    Para pengunjung yang hadir melihat pameran alatan tradisional masyarakat Melayu Sarawak-AKYBMS

    Bagi pihak Amanah Khairat Yayasan Budaya Sarawak (AKYBMS) yang turut mengambil serta pameran itu pula, mereka memperkenalkan warisan Melayu Sarawak melalui pameran alat-alat tradisional, tarian tradisional, dan kuiz kepada para pengunjung.

    Pihak AKYBMS mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung dan juga kepada pihak UNIMAS atas sokongan yang diberikan-AKYBMS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...