More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak luluskan RM200 juta bagi membina loji rawatan air bagi kawasan...

    Kerajaan Sarawak luluskan RM200 juta bagi membina loji rawatan air bagi kawasan Lundu dan Sematan

    LUNDU, 22 NOVEMBER 2024: Projek Bekalan Air Wilayah Lundu Sematan yang akan bermula pada tahun hadapan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2027 dan akan menyelesaikan isu kekurangan bekalan air di kawasan itu.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah meluluskan dana sebanyak RM200 juta bagi membina roji rawatan air yang baharu di Lundu.

    Perkara ini telah dijelaskan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi dalam sesi penggulungan MUTS sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 baru-baru ini.

    ADUN Tanjung Datu semasa menyempurnakan gimik penyerahan sumbangan tangki air kepada penduduk di kawasan DUN beliau.

    Azizul dalam pada itu menjelaskan, Kerajaan Sarawak turut menyalurkan dana sebanyak RM779,000 untuk menyediakan sebanyak 917 tangki air sandaran untuk mengatasi masalah kekurangan air di kawasan DUN terbabit.

    Penyerahan tangki air tersebut telah disempurnakan oleh beliau kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di bawah konstituensi beliau, bertempat di Pejabat Daerah Lundu pada Khamis.

    Berhubung dengan pengagihan tangki berkenaan kepada masyarakat, Azizul berharap KMKK akan memantau sepenuhnya proses ini agar setiap rumah yang memerlukan tangki air mendapat sumbangan ini seterusnya memanfaatkannya sebelum projek bekalan air siap sepenuhnya pada 2027.

    Hadir sama, Pegawai Daerah Lundu Awang Yusup Awang Mostapha-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kejohanan Silat Tanding di Sebuyau terima lebih 280 penyertaan peserta

    0
    SEBUYAU, 25 NOVEMBER 2024 (SNN): Kejayaan penganjuran Kejohanan Silat Tanding Jmeputan, Piala YB Dato Sri Julaihi Narawi di Sebuyau baru-baru ini amat menggalakkan sekaligus...