More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak perluas akses internet di negeri ini di bawah Program SALURAN...

    Kerajaan Sarawak perluas akses internet di negeri ini di bawah Program SALURAN dan MySRBN

    KUCHING, 18 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak terus melaksanakan langkah proaktif untuk memperluas liputan internet di negeri ini melalui program Sarawak Linking Urban, Rural and Nation (SALURAN) sebagai intervensi tambahan kepada usaha sedia ada oleh Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memperuntukkan RM2.3 bilion bagi pelaksanaan program ini dan salah satu komponen utama adalah dengan pembinaan menara telekomunikasi Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) di kawasan luar bandar.

    “Sebanyak 546 daripada 600 menara telekomunikasi SMART telah siap dibina.
    Daripada jumlah ini, 400 menara kini beroperasi dengan menyediakan perkhidmatan 4G dan Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN).

    “Manakala selebihnya akan beroperasi secara berperingkat menjelang suku keempat tahun 2025,” kata beliau semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Isnin.

    Mengenai pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan, beliau menjelaskan sebanyak 876 daripada 901 menara telekomunikasi telah siap dibina dengan 481 daripadanya telah mula beroperasi di bawah Fasa 1 pelan ini.

    Sebagai usaha menambah baik perkhidmatan internet kepada rakyat, beliau berkata Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) telah memperkenalkan Pelan Prabayar MySRBN bermula 7 Julai 2024.

    Pelanggan yang melanggan pelan ini akan menikmati peralatan dan pemasangan percuma bernilai RM1,150 serta kuota data 300 Megabyte (MB) setiap bulan.

    “Pelan ini adalah antara yang termurah berbanding pelan internet komersial lain. Ia bertujuan meringankan beban kos rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar,” katanya lagi.

    Tambah beliau, inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak untuk memperkukuh jaringan telekomunikasi, sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui akses internet yang lebih luas dan mampu milik-UKAS

    Foto UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak perluas akses internet di negeri ini di bawah Program...

    0
    KUCHING, 18 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak terus melaksanakan langkah proaktif untuk memperluas liputan internet di negeri ini melalui program Sarawak Linking Urban, Rural and...