More
    Home Sarawak Kuching PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA) bersama tiga pengguna gas hiliran utama.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, perjanjian tersebut dimeterai bersama Sarawak Petchem Sdn. Bhd, Sarawak Energy Berhad dan Shell MDS Sdn. Bhd.

    Perjanjian ini katanya, membuktikan bahawa PETROS diberi kuasa eksklusif untuk mengurus dan memastikan bekalan gas asli yang stabil dan berterusan di wilayah ini.

    “Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa pelantikan PETROS sebagai agregator gas tunggal adalah tidak boleh dirunding ini bermakna tidak ada agregator gas lain di Sarawak melainkan PETROS sahaja,”tegasnya.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu.

    Terdahulu, Royston bertanya mengenai kemajuan terkini pelantikan PETROS sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.

    Dato Sri Julaihi bersama dua Timbalannya merakam gambar sebelum persidangan bermula.

    Dalam perkembangan sama, Dato Sri Julaihi dalam ucapannya turut memberitahu Projek Saluran Paip Gas Bintulu-Samalaju yang kini dalam peringkat EPCC dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2025.

    Menjawab pertanyaan daripada ADUN Jepak, Iskandar Turkiyee, beliau menjelaskan projek itu merupakan inisiatif penting dalam mengembangkan infrastruktur gas di Sarawak yang mana ianya akan dilaksanakan pada Disember tahun ini.

    Tambahnya, Projek Bintulu-Samalaju Gas Pipeline bertujuan untuk menghubungkan kawasan Bintulu dengan Samalaju, dua lokasi yang merupakan pusat penting dalam industri gas dan tenaga di Sarawak.

    “Infrastruktur ini akan memainkan peranan besar dalam memudahkan penghantaran gas asli untuk keperluan industri, sekali gus mengukuhkan sektor tenaga negeri.

    “Projek ini dijangka siap dan mula beroperasi pada suku keempat tahun 2025 dan akan memenuhi permintaan gas daripada industri hiliran, terutamanya di kawasan Samalaju yang mempunyai banyak industri besar,” Katanya lagi.

    Jelas beliau, projek tersebut merupakan langkah Kerajaan Sarawak untuk memperkasa sektor tenaga di negeri ini dalam memastikan bekalan gas stabil dan mencukupi bagi memenuhi keperluan pengguna.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...