More
    Home Dunia Pelantikan SEB sebagai penaung Majlis Tenaga Dunia bukti Sarawak diiktiraf di pentas...

    Pelantikan SEB sebagai penaung Majlis Tenaga Dunia bukti Sarawak diiktiraf di pentas antarabangsa

    ABU DHABI, 07 NOVEMBER 2024: Pelantikan Sarawak Energy Berhad (SEB), syarikat utiliti milik Sarawak sebagai penaung global Majlis Tenaga Dunia (WEC) bukti dunia kini mengiktiraf cara kerajaan negeri mengurus sumber tenaga diperbaharuinya dengan efisien.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, selain mempunyai akses kepada sumber tenaga diperbaharui, tadbir urus yang baik dan selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi keyakinan kepada dunia untuk mengiktiraf usaha Sarawak.

    “Kita sangat bertuah kerana mereka ada keyakinan terhadap kita dengan melantik SEB sebagai penaung Majlis Tenaga Dunia (WEC).

    “Ini sangat penting. Maknanya, dunia mengiktiraf cara Sarawak menguruskan tenaga, cara kita mengeluarkan tenaga, dan untuk kepentingan jangka panjang Sarawak dan Malaysia amnya, untuk memainkan peranan dalam peralihan baru tenaga,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam temubual khas bersama UKAS dan TVS selepas menjadi panel jemputan dalam perbincangan tumpuan pada Pameran & Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) 2024 di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC), pada Rabu.

    YAB Premier Sarawak diiringi deligasi ketika hadir ke Pameran & Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi-UKAS

    Turut mengiringi Premier Sarawak ialah Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi; Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar; Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar; Datuk Len Talif Salleh, Pengerusi SEB; Datuk Ibrahim Baki serta pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Sarawak.

    Untuk rekod, SEB secara rasminya telah dilantik sebagai penaung WEC pada 29 Mac 2024 yang lepas, menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara menyertai kelompok di serata Amerika, Eropah, Timur Tengah dan Asia.

    Menerusi persetujuan itu, SEB sebagai antara pemaju tenaga hidro utama di Asia Tenggara, akan menyokong WEC dalam usaha memangkin peralihan tenaga di serata dunia.

    Sementara itu, Premier Sarawak berkata penglibatan Sarawak dalam industri tenaga diperbaharui secara agresif akan memperluaskan lagi sumber ekonomi negeri ini.

    Jelas beliau, ia akan menarik pelabur untuk datang ke Sarawak, kerana mereka yakin dengan sumber bekalan tenaga yang dimiliki negeri ini.

    “Apabila ini berlaku, ia akan menjadi prasyarat untuk pelabur datang ke Sarawak dan beroperasi di sini sekaligus ini akan mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan baru,” ujarnya-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...