More
    Home Sarawak Kuching LAK komited perkukuh peranan urus sistem bekalan air di Sarawak

    LAK komited perkukuh peranan urus sistem bekalan air di Sarawak

    KUCHING, 02 NOVEMBER 2024: Lembaga Air Kuching (LAK) akan terus komited memperkukuh peranannya dalam membekalkan air terawat yang berkualiti dan berterusan untuk rakyat Sarawak.

    Komitmen ini disertai dengan penghargaan khas kepada warga kerja yang telah memberikan sumbangan cemerlang kepada institusi tersebut sepanjang perkhidmatan mereka, sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-65 sejak 1959.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, usaha LAK dalam mengimbangi isu bekalan dan permintaan air terawat di tengah pertumbuhan pesat penduduk Sarawak adalah peranan penting yang perlu dikekalkan.

    “Memasuki usia 65 tahun, LAK harus lebih bersedia dan cekal dalam menghadapi cabaran masa depan, dengan pendekatan dinamik dan produktif dalam mengurus bekalan air terawat.

    “Sumber air mencukupi di negara ini tidak seharusnya menjadikan kita leka dalam menghadapi isu dan cabaran berkaitan pengurusan air,” katanya semasa berucap menyempurnakan Majlis Makan Malam Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 dan Penghargaan Pesara 2024 LAK di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Jumaat.

    Dato Sri Julaihi menyampaikan anugerah APC kepada salah seorang kakitangan LAK-foto UKAS

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu turut menekankan bahawa pencapaian liputan bekalan air di Sarawak, yang kini mencapai 85.4 peratus menunjukkan komitmen penuh kerajaan negeri dalam menyediakan keperluan asas penduduk, dengan sasaran liputan penuh menjelang 2030.

    Pada majlis yang sama, seramai 49 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2023 dan 19 pesara bagi tahun 2024 turut diraikan dalam acara penganugerahan.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Kewangan Sarawak merangkap Pengerusi LAK; Dato Sri Wan Lizozman Wan Omar, Setiausaha Tetap MUT; Datu Jafri Lias, Pengurus Besar LAK; Ir. Rodziah Mohamad dan tetamu kehormat lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    LAK komited perkukuh peranan urus sistem bekalan air di Sarawak

    0
    KUCHING, 02 NOVEMBER 2024: Lembaga Air Kuching (LAK) akan terus komited memperkukuh peranannya dalam membekalkan air terawat yang berkualiti dan berterusan untuk rakyat Sarawak. Komitmen...