More
    Home Malaysia RM150 juta diperuntuk naiktaraf bekalan elektrik di sepanjang jajaran Asajaya ke Sebuyau

    RM150 juta diperuntuk naiktaraf bekalan elektrik di sepanjang jajaran Asajaya ke Sebuyau

    SADONG JAYA, 02 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak memperuntukkan lebih RM150 juta bagi menaik taraf bekalan elektrik dari Asajayahingga ke Sebuyau bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan tersebut.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, seiring dengan peningkatan penggunaan peralatan elektrik di kawasan itu, bekalan elektrik fasa tunggal sedia ada kini tidak lagi mampu menampung dan ia memerlukan peningkatan kepada sistem bekalan elektrik tiga fasa.

    “Projek ini akan beberapa melibatkan kawasan termasuklah Daerah Sadong Jaya, Asajaya dan Sebuyau, bagi memastikan setiap kediaman menerima bekalan tiga fasa yang stabil.

    “Komitmen kerajaan terhadap projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif negeri yang disambung dari projek persekutuan, sambil berharap gangguan bekalan elektrik tidak akan berulang dengan naik taraf ini,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Naik Taraf Masjid Darul Iman, pada Jumaat.

    Masjid Darul Iman yang telah siap dinaiktaraf-foto UKAS

    Tambah Premier lagi, selain naiktaraf bekalan elektrik, beliau turut menekankan kepentingan untuk menggantikan paip air lama di seluruh Sarawak, termasuk di Sadong Jaya.

    Jelas beliau, projek yang menelan kos sebanyak RM1.1 bilion itu nanti akan mengambil masa selama lima tahun dengan mengintegrasikan teknologi digital pintar bagi memodenkan infrastruktur itu di rantau ini.

    “Dengan peruntukan RM1.1 bilion selama lima tahun, kami akan menyediakan RM200 juta setiap tahun untuk menaik taraf paip air, bermula di Sadong Jaya dan diteruskan ke Sibu, Miri, dan Limbang,” tambahnya.

    Bercakap mengenai siapnya projek naiktaraf Masjid Darul Iman, masjid itu kini dilengkapi dengan ruang solat yang luas serta kemudahan tambahan seperti pusat tahfiz, pusat komuniti tempatan, ruang pejabat, bilik kuliah, dan kawasan parkir yang mencukupi.

    Difahamkan reka bentuk empat menara masjid tersebut membawa makna simbolik yang melambangkan empat arah mata angin, empat khalifah dalam Islam, serta kekuatan dan keteguhan iman dalam agama Islam.

    Untuk rekod, projek naiktaraf masjid yang bermula pada 26 November 2021 itu telah siap sepenuhnya pada 16 Ogos 2024 dan kini mampu menampung antara 570 hingga 1,890 orang jemaah dalam satu-satu masa.

    Turut hadir sama ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan; Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi; Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah; Datuk Rubiah Wang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi; Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan; Datuk Ir Aidel Lariwoo.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Semua Pelajar Sarawak di IPT seluruh Malaysia layak terima Bantuan Wang...

    0
    KUCHING, 23 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak tidak mengenakan sebarang pembayaran balik ke atas Bantuan Wang Saku yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari negeri ini yang...