More
    Home Malaysia Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal dalam usaha meningkatkan tahap pengurusan dan keberkesanan bekalan air terawat di sesuatu kawasan.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi menegaskan, agensi seperti Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB) dan Lembaga Air Sibu (SWB) telah bertungkus lumus untuk melaksanakan pelan induk bekalan air Sarawak agar dapat menyalurkan bekalan air kepada seluruh rakyatnya.

    Oleh hal demikian, bagi mencapai hasrat ini, insiden aset utiliti air yang pecah akibat kecuaian dan ketidaktelitian pihak pemaju yang menjalankan kerja-kerja berhampiran aset atau jajaran paip agihan utama tidak sepatutnya berlaku.

    “Masalah seperti kerosakan, pecah dan bocor disebabkan kecuaian dan ketidaktelitian pihak lain yang menjalankan kerja berhampiran aset air atau di jajaran paip agihan utama tidak sepatutnya berlaku.

    “Malah, terdapat juga kerosakan yang dibebankan oleh aktiviti ‘vandalisme’ dan kita merasakan denda yang setimpal wajar dipertimbangkan pada masa akan datang,” jelasnya menerusi perkongsian di laman rasmi Facebook beliau semalam selepas merasmikan Jamuan Tahunan LAKU Management di Miri, semalam.

    Dato Sri Julaihi merakam gambar bersama kakitangan LAKU Management

    Dalam usaha meningkatkan tahap pengurusan keberkesanan membekal air terawat ke seluruh kawasan, beliau memberitahu agensi seperti LAKU, KWB dan SWB akan bergabung di bawah satu entiti yang mana proses penggabungan sedang giat dilaksanakan buat masa ini.

    Ujar beliau lagi, kini terdapat 28 kawasan tadahan air di seluruh negeri sudah digazetkan manakala sebanyak 38 kawasan lagi sudah dikenalpasti untuk digazet bagi membolehkan sistem pengurusan air dan bekalan mencukupi dan efisen.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...