More
    Home Malaysia Ahli Parlimen Lawas gesa Kerajaan Pusat laksanakan segera projek mega di Parlimen...

    Ahli Parlimen Lawas gesa Kerajaan Pusat laksanakan segera projek mega di Parlimen Lawas yang telah diluluskan

    KUALA LUMPUR, 25 OKTOBER 2024: Kerajaan Persekutuan digesa untuk melaksanakan segera projek mega dan projek jalan raya di Parlimen Lawas yang telah diluluskan.

    Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, projek mega tersebut adalah termasuk pembinaan Projek Sabah-Sarawak Link Road (SSLR), Lebuhraya Pesisir Utara Sarawak, dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lawas.

    “Bukan itu sahaja, projek jalan raya menuju ke sempadan Indonesia dan Ba’kelalan dan jalan dari Murud Suang ke Long Tengoa juga perlu dilaksanakan segera kerana itu adalah jalan utama bagi penduduk untuk ke bandar,” katanya pada sesi perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 semasa sidang Parlimen.

    Dalam ucapannya, Henry turut menzahirkan penghargaan atas usaha Kerajaan Sarawak untuk menanggung kos pembinaan pelabuhan laut dalam berdekatan Pulau Sari, Lawas yang mengurangkan kos keperluan harian tinggi akibat pengangkutan barang dari Kota Kinabalu, Sabah.

    Justeru, beliau mempersoalkan peranan Kerajaan Persekutuan yang seolah-olah melepaskan tanggungjawab kepada Kerajaan Sarawak untuk menanggung sepenuhnya projek-projek ini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Ahli Parlimen Lawas gesa Kerajaan Pusat laksanakan segera projek mega di...

    0
    KUALA LUMPUR, 25 OKTOBER 2024: Kerajaan Persekutuan digesa untuk melaksanakan segera projek mega dan projek jalan raya di Parlimen Lawas yang telah diluluskan. Ahli Parlimen...