More
    Home Sarawak Kuching Pengamal media harus menjaga nilai integriti dan etika kewartawanan ketika bertugas

    Pengamal media harus menjaga nilai integriti dan etika kewartawanan ketika bertugas

    KUCHING, 25 OKTOBER 2024: Pengamal media di negeri ini terus diingatkan untuk menjaga nilai integriti dan etika kewartawanan dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat dan berkualiti kepada masyarakat.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, wartawan memainkan peranan penting dalam membentuk pemikiran awam di kalangan komuniti melalui penyampaian mesej yang sahih dan relevan.

    “Kualiti kewartawanan dinilai berdasarkan tahap integriti yang tinggi.

    “Sekiranya para pengamal media memiliki integriti, maka isi kandungan dan maklumat yang disampaikan akan menjadi penanda aras untuk mereka terus dihormati,” kata beliau ketika merasmikan Majlis Penutupan Program Latihan Untuk Wartawan Sarawak di Hotel dan Pusat Konvensyen Raia pada Khamis.

    YAB Premier menerima cenderahati daripada MPI-UKAS

    Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa dengan kemajuan platform digital masa kini, wartawan perlu lebih proaktif dalam menyediakan laporan yang tepat sebelum diakses oleh masyarakat, bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu.

    “Pada masa kini, tiada lagi batasan dalam penyebaran maklumat, dengan kewujudan siaran langsung, masyarakat dapat mengikuti perkembangan secara langsung.

    “Hal ini menjadi sukar bagi individu untuk memutar belit fakta, dan jika mereka berusaha untuk berbuat demikian, mereka perlu melakukannya dengan bijak,” tegasnya.

    Dalam pada itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Malaysian Press Institute (MPI) atas usaha berterusan organisasi tersebut dalam meningkatkan mutu dan kualiti kewartawanan di Sarawak.

    Kursus Kewartawanan 2.0: Sentimen Analisis & SWOT Analisis yang dianjurkan oleh MPI berlangsung dari 22 hingga 24 Oktober, melibatkan pengamal media dari Kuching, Miri, dan Sibu.

    Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan & UKAS); Datuk Abdullah Saidol, Presiden MPI; Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pegawai Eksekutif MPI; Ainol Amriz Ismail, dan tetamu kehormat lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Ahli Parlimen Lawas gesa Kerajaan Pusat laksanakan segera projek mega di...

    0
    KUALA LUMPUR, 25 OKTOBER 2024: Kerajaan Persekutuan digesa untuk melaksanakan segera projek mega dan projek jalan raya di Parlimen Lawas yang telah diluluskan. Ahli Parlimen...