More
    Home Sarawak Kuching Dato Sri Julaihi teruskan pendekatan 'turun padang' tinjau projek bekalan air di...

    Dato Sri Julaihi teruskan pendekatan ‘turun padang’ tinjau projek bekalan air di kawasan luar bandar

    KUCHING, 16 OKTOBER 2024: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi menegaskan beliau akan terus mengambil pendekatan dengan ‘turun padang’ bagi memantau projek bekalan air di kawasan luar bandar.

    Menurut beliau, keputusan untuk meninjau sendiri setiap projek bukanlah kerana tidak mempercayai laporan yang disampaikan oleh pegawai Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, tetapi lebih kepada bagi memastikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai keadaan sebenar di lapangan.

    “Saya banyak pergi ke tapak lapangan dan saya lebih selesa membuat lawatan bersama semua pihak, di setiap bahagian atau kawasan terpilih.

    “Ini tidak bermakna saya tidak percaya laporan mereka diberikan, tetapi saya percaya bahawa ‘seeing is believing’, mungkin ada isu-isu atau masalah-masalah tertentu yang hanya boleh kita selesaikan apabila kita sama-sama berada di tapak lapangan,” katanya semasa berucap di Majlis Apresiasi JBALB Sarawak 2024 pada Selasa.

    Dato Sri Julaihi ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi JBALB 2024

    Tambahnya, beliau mengambil contoh ketika membuat tinjauan loji air Niah, didapati bahawa Niah kalau berdasarkan keadaan sekarang kita boleh mendapatkan bekalan air.

    Namun, katanya, kemungkinan sumber air kita tidak mencukupi untuk diproses dijadikan air terawat dalam jangka panjang jika tidak dibina pegung yang sepatutnya siap tetapi tergendala disebabkan masalah kontraktor.

    “Maka berlakulah mutual termination. Isu seperti ini hanya dapat dinilai apabila kita sendiri berada di lapangan,” tambah beliau.

    Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Telekomunikasi dan Utiliti; Datuk Abdul Rahman Junaidi, Pengarah JBALB Sarawak; Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan dan tetamu kehormat yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...