More
    Home Sarawak Limbang STATOB mampu pertingkat hubungan perniagaan antara Brunei-Sarawak terutama bagi kawasan Limbang dan...

    STATOB mampu pertingkat hubungan perniagaan antara Brunei-Sarawak terutama bagi kawasan Limbang dan Lawas

    LIMBANG, 06 OKTOBER 2024: Hubungan perniagaan antara negara Brunei dan Sarawak khususnya termasuk daerah Limbang, Lawas ini akan dapat dipertingkat melalui Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei Darussalam (STATOB).

    Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, jalinan perniagaan ini termasuklah mereka yang melibatkan diri dalam bidang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut mendapat faedah.

    “Dari segi produknya, dari segi perkhidmatan dapat kita tingkatkan, tingkatkan kerjasama supaya dengan itu bukan sahaja kita dapat menembusi pasaran-pasaran di negara Brunei tetapi bagaimana ianya dapat diperluaskan lagi sehingga terus meningkat ke pasaran yang lebih besar,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pesta Hari Bukit Mas 2024 di Amphitheatre Tebingan Sungai Limbang pada Sabtu.

    Datuk Amar Awang Tengah menyempurnakan simbolik perasmian Pesta Hari Bukit Mas 2024

    Selain itu, katanya, STATOB turut menjadi cara untuk bekerjasama untuk kepentingan kedua-dua pihak seperti bagaimana untuk Sarawak dan Brunei boleh merancang pembangunan sempadan bersama.

    Jelasnya, hal ini kerana Brunei mempunyai keterhubungan udara yang begitu luas dan juga mempunyai kemudahan pelabuhan yang begitu bagus.

    “Bukan hanya mengenai perdagangan sempadan tetapi kita juga boleh berbincang dari segi pelaburan, aspek mana yang boleh kita bekerjasama,” ujarnya lagi.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari itu juga memberitahu, Kerajaan Sarawak akan menekankan kepada pembangunan industri pertanian dan ternakan terutamanya pembangunan penternakan kerbau yang sudah diberikan tumpuan dengan menjadikan Limbang dan Lawas sebagai tempat untuk pengeluaran kerbau.

    “Kita boleh bekerjasama dengan negara Brunei untuk memanfaatkan penjenamaan halal mereka. Kita juga mempunyai penjenamaan halal dan mereka memiliki jaringan keterhubungan udara yang sangat luas,” jelas beliau.

    Turut hadir sama ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak; Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau; Dato Paulus Palu Gumbang serta dif-dif kehormat yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...