More
    Home Sarawak Kuching Datu Dr Sanib Said terima Anugerah Khas: Buku Umum Terbaik (Sejarah) melalui...

    Datu Dr Sanib Said terima Anugerah Khas: Buku Umum Terbaik (Sejarah) melalui terbitan Buku Negeri Santubong: Sejarah Awal Negeri Sarawak

    KUCHING, 29 SEPTEMBER 2024 (SNN): Ahli Sejarawan Sarawak merangkap Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Datu Dr Hj Sanib Bin Hj Said telah menerima penganugerahan khas ‘Buku Umum Terbaik (Sejarah)’ melalui buku terbitannya berjudul Negeri Santubong: Sejarah Awal Negeri Sarawak, 300ESS-1641ES.

    Penganugerahan itu telah disampaikan sendiri oleh Yang diPertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Dr Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar kepada wakil Datu Pengurus Besar AKYBMS iaitu anaknya Dr. Salawati bersempena Malam Gala Anugerah Buku Negara dan Borneo Arts and Creative Award yang berlangsung di Collosseum Ballroom, Hotel Pullman, Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

    Dr. Salawati (kiri) ketika mewakili Datu Dr Sanib menerima Anugerah Khas : Buku Umum Terbaik (Sejarah) yang disampaikan oleh TYT Sarawak.

    Sehubungan itu, syabas dan tahniah diucapkan kepada Datu Dr Hj Sanib bin Hj Said di atas anugerah yang diterima.

    Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara; Tan Sri Datuk Wira Dr Abdul Latif Abu Bakar dan kenamaan lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...