More
    Home Sarawak Bintulu Skuad Muaythai Sarawak cipta rekod muncul sebagai Juara Keseluruhan pada SUKMA XXI...

    Skuad Muaythai Sarawak cipta rekod muncul sebagai Juara Keseluruhan pada SUKMA XXI 2024

    BINTULU, 21 OGOS 2024: Skuad muaythai Sarawak melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 dengan merangkul 5 pingat emas, 4 perak dan 1 gangsa pada hari terakhir sukan itu dianjurkan.

    Kejayaan skuad muaythai tuan rumah kali ini jauh mengatasi rekod pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur dengan kutipan dua emas dan apa yang lebih manis lagi adalah apabila kejayaan kali ini melepasi sasaran dua pingat emas yang diletakkan oleh Persatuan Muaythai Negeri Sarawak.

    Detik kejayaan cemerlang Sarawak itu dilakar pada Selasa apabila tiga atletnya berjaya menghadiahkan kilauan emas dalam aksi final yang dihangatkan dengan kehadiran para penyokong di Naim Street Mall, Bintulu Paragon.

    Terlebih dahulunya, Maurien Hii Sie Lin berjaya menewaskan lawannya dari Kelantan dengan mata 17-4 dalam kategori 48-51kg wanita untuk mengesahkan pingat emas pertama pada aksi pembuka tirai sukan itu.

    Rentak cemerlang Maurien kemudian diteruskan dengan Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar dalam kategori 51-54kg lelaki dan Texas Jeremy Lo dalam kategori 54-57kg lelaki dengan membawa pingat emas masing-masing.

    Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ketua Kontijen Sarawak bersama atlet Muaythai merakam gambar detik kejayaan pasukan tersebut-Foto UKAS

    Sorang lagi wakil Sarawak, Azhad terpaksa akur apabila tumpas di tangan atlet Sabah, Hellmi dengan mata 26-15 untuk mengesahkan perak manakala Cherilynn Christalle juga tunduk kepada Nur Bisyarah dari Perak juga untuk meraih perak.

    Ketua Kontinjen Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu dalam kenyataannya memberitahu, beliau melahirkan rasa bangga dengan prestasi atlet-atlet muaythai Sarawak kerana berjaya mencapai sasaran pingat emas.

    Perlawanan akhir semalam turut disaksikan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang seterusnya menyampaikan pingat kepada pemenang.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...