More
    Home Malaysia Pihak pengurusan masjid dan surau dinasihat urus aset dengan baik

    Pihak pengurusan masjid dan surau dinasihat urus aset dengan baik

    SARIKEI, 05 OGOS 2024: Ahli Jawatankuasa Masjid di Sarikei digesa untuk menjaga aset infrastruktur umat Islam dengan sebaiknya dalam memastikan terus diperkasa sebagai platform penyatuan masyarakat.

    Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata, selain digunakan bagi tujuan keagamaan, ia juga dapat digunakan untuk tujuan sosial seperti majlis-majlis, sukan dan sebagainya.

    Jelasnya, terdapat empat buah masjid yang ada di Sarikei iaitu, Masjid Al -Muttaqin, Masjid Ar -Rahmah, Kampung Seberang, Masjid Darul Saadah, Taman Susur Jambu dan Masjid Nur Permai.

    Beliau yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata demikian dalam Majlis Kesyukuran Sempena Perasmian Naiktaraf Masjid Al -Muttaqin bertempat di Dewan Komuniti Masjid Al- Mutaqqin Sarikei pada Sabtu.

    Datuk Len Talif ketika berucap pada masjid kesyukuran berkenaan pada Sabtu-foto UKAS

    Pada majlis yang sama Datuk Len turut memaklumkan peruntukan RM 1.5 Juta yang telah diluluskan oleh Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bagi tujuan naik taraf pagar dan rumah rehat masjid.

    Selain itu, Datuk Patinggi Abang Zohari juga turut meluluskan sebidang tanah di sebelah masjid untuk diwartakan sebagai tanah masjid yang akan diurus oleh Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (LAKISRI).

    Pada majlis yang sama Datuk Len turut menyampaikan Sijil penghargaan kepada 27 agensi yang telah bekerjasama dalam menjayakan majlis perasmian yang lalu.

    Beliau juga amat berterima kasih kepada Pejabat Agama Islam Sarikei yang banyak membantu sepanjang kerja-kerja naik taraf dijalankan.

    Turut hadir sama ialah Ahli Parlimen Tanjong Manis merangkap Pengerusi CIDB Malaysia; Ir Yusuf Abdul Wahab, Residen Bahagian Sarikei; Micheal Ronnie Langgong, Pegawai Daerah Sarikei; Louis Yeo Soon Guan, Pegawai Agama Islam, Pejabat Agama Islam Sarikei; Ustaz Abdul Rashid, Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...