More
    Home Malaysia Yang di-Pertua Dewan Negara terima kunjungan hormat Speaker DUN Sarawak

    Yang di-Pertua Dewan Negara terima kunjungan hormat Speaker DUN Sarawak

    KUALA LUMPUR, 01 OGOS 2024: Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah menerima kunjungan hormat daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar di, Bangunan Parlimen Malaysia pada Rabu..

    Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia bersama rombongan mengadakan kunjungan hormat susulan pelantikan Senator Dato Awang Bemee sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-21 untuk tempoh selama tiga tahun pada 22 Julai lepas.

    Sebelum ini, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bermula 15 Julai 2024 sehingga 14 Julai 2027.

    Speaker DUN Sarawak bersama rombongan ketika membuat kunjungan hormat ke atas Yang di-Petua Dewan Negara-foto Parlimen Malaysia

    Lantikan Senator Dato Awang Bemee merupakan lantikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

    Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia; Dato’ Lukanisman Awang Sauni, Senator Dato’ Ahmad Ibrahim, Senator Michael Mujah Lihan, Senator Susan Chamerai Anding dan Senator Pele Peter Tinggom-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...