More
    Home Sarawak Kuching Masjid Jamek Negeri Sarawak bakal berwajah baharu dengan model yang lebih moden

    Masjid Jamek Negeri Sarawak bakal berwajah baharu dengan model yang lebih moden

    KUCHING, 27 JULAI 2024: Masjid Jamek Negeri Sarawak bakal berwajah baharu dengan pelancaran model menara baharu yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada Jumaat.

    Pelancaran model ini berlangsung pada Majlis Menelusuri Kegemilangan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bertempat di Anjung Masjid Jamek Negeri Sarawak.

    Projek yang dijangka bermula awal tahun 2025 ini akan melibatkan empat buah menara utama setinggi 75 meter serta dua buah menara kecil setinggi 65 meter berkonsepkan tenaga hijau, yang mana ia akan dilengkapi dengan panel solar dan lampu rendah tenaga.

    Turut dilancarkan pada majlis ini adalah buku terbitan LAKMNS yang berjudul Menelusuri Kegemilangan yang mana mengandungi susur galur penubuhan serta perkembangan masjid di bawah kendalian LAKMNS iaitu Masjid Bandaraya Kuching dan Masjid Jamek Negeri Sarawak serta perkembangan LAKMNS.

    Buku tersebut turut memaparkan maklumat tentang transfromasi LAKMNS serta pencapaiannya sejak ditubuhkan.

    YAB Premier menyempurnakan simbolik pelancaran model menara baharu Masjid Jamek-UKAS

    Dalam pada itu, Duta Besar Republik Turki Ke Malaysia, Emir Salim Yuksel yang turut hadir dalam majlis itu menyifatkan model menara baharu Masjid Jamek Negeri Sarawak mempunyai kesamaan seperti menara terkenal di Masjid Hagia Sophia di Turki.

    “Saya teruja apabila melihat model itu di mana ia serupa dengan Masjid Hagia Sophia dan di Hagia Sophia, sangat menarik bahawa setiap menara adalah berbeza sedikit daripada satu sama lain.

    “Salah satu daripadanya adalah yang sangat klasik dan dua daripadanya agak moden kerana menara tersebut telah dibina pada masa yang berbeza, bukan sekali gus,” katanya.

    Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS); Datuk Abdullah Saidol, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak; Datu Misnu Taha, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS; Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Datuk Bandar Kuching Utara; Hilmy Othman serta tetamu yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...