More
    Home Malaysia Seramai 215 calon SPM 2024 sertai Program Pendidikan Luar Bandar SABATI-PETROS di...

    Seramai 215 calon SPM 2024 sertai Program Pendidikan Luar Bandar SABATI-PETROS di Sebuyau

    SEBUYAU, 21 JULAI 2024 (SNN): Seminar Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 merupakan salah satu siri Program Pendidikan Luar Bandar anjuran SABATI-PETROS di seluruh Sarawak bagi memberi pendedahan lebih meluas terhadap beberapa subjek mata pelajaran kepada calon SPM yang dianjurkan setiap tahun.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, bagi seminar kali ini yang dianjurkan di Dewan Pembangunan, Daerah Sebuyau seramai 215 orang pelajar dari empat buah sekolah menengah mengambil peluang menyertainya.

    Katanya, dari jumlah terbabit kesemua pelajar SPM 2024 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau terlibat secara langsung diikuti dari SMK Gedong, SMK Sri Gedong dan SMK Simunjan Nombor 1.

    “Seminar ini telah berlangsung selama dua hari bermula pada 19&20 Julai 2024 yang mana para pelajar didedahkan dengan sesi pembentangan mengenai mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Bahasa Inggeris, Perniagaan dan Pertanian.

    “Kesemua subjek yang didedahkan kepada para pelajar disampaikan oleh beberapa penceramah jemputan yang terdiri daripada barisan guru dari sekolah menengah di sekitar Bahagian Kota Samarahan, Serian, Sri Aman termasuklah SMK Sebuyau sendiri,” ujar beliau selepas merasmikan majlis sekaligus diiringi EXCO SABATI yang juga merupakan isteri beliau, Datin Hajah Sadiah Binti Haji Buji.

    Usai majlis terbabit, Dato Sri Julaihi dan isteri kemudian bergerak ke Sebangan bagi merasmikan satu lagi program PPLBS-P untuk murid sekolah rendah bertempat di SK Haji Bujang, Sebangan.

    Menurutnya, seramai 101 orang murid tahap 2 sekolah tersebut mengambil bahagian dalam Program EKSPLORASI STEM yang didakan selama dua hari di dewan sekolah terbabit.

    Dato Sri Julaihi dan isteri ketika menyampaikan hadiah kepada salah satu pasukan yang menang

    “Program EKSPLORASI STEM ini merupakan aktiviti yang memberi pendedahan kepada murid berkaitan ilmu STEM iaitu Science Technology Engineering & Mathematics dengan penganjuran beberapa pertandingan serta pameran,” ujar beliau.

    Jelasnya, Julaihi berharap dengan penganjuran beberapa siri program pendidikan ini dapat meningkatkan minat serta melahirkan lebih ramai pelajar dna murid yang proaktif serta cemerlang dalam bidang sains dan teknologi khususnya beberapa kemahiran yang melibatkan ilmu teknologi dan sains yang dianggap penting untuk memajukan sektor-sektor utama di negara terutama di Sarawak.

    Turut hadir sama mengiringi ialah Pegawai Daerah Sebuyau; Ayuradiman Bin Bujang, Pegawai Pendidikan Simunjan; Hasbie Bin Ancheh dan Pengetua SMK Sebuyau; Awang Abas Awang Lawi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...