More
    Home Malaysia Polis tahan suspek utama kes bunuh Nur Farah Kartini yang juga merupakan...

    Polis tahan suspek utama kes bunuh Nur Farah Kartini yang juga merupakan seorang anggota polis

    KUCHING, 16 JULAI 2024 (SNN): Suspek utama yang ditahan bagi membantu kes kehilangan wanita yang dijumpai mati di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, semalam sudah berkhidmat selama lima tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata suspek yang berusia 26 tahun itu adalah anggota berpangkat Lans Koperal yang sedang berkhidmat di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim.

    Azizi berkata, kes ini yang pada mulanya disiasat oleh Kontinjen Perak di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP) Orang Hilang, dan kini diserahkan kepada pihak Polis Kontinjen Selangor.

    “Saya sahkan subjek yang melakukan kes ini adalah seorang anggota dari Balai Polis Slim River dan beliau (subjek) sudah menunjukkan tempat lokasi kejadian (penemuan mayat).

    “Apabila disemak tempat berlaku kejadian di negeri Selangor, jadi kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dibuka oleh Kontinjen Selangor,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita dan dipetik dari Harian Metro selepas sesi majlis mengambil alih tugas Ketua Polis Perak daripada Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak di sini hari ini.

    Kredit foto Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan jasad mangsa yang berusia 25 tahun itu adalah sepadan dengan individu yang dilaporkan hilang pada Rabu lalu yang ditemukan pada 6 petang, pada Isnin di sebuah ladang sawit dan dipercayai dibunuh oleh suspek yang juga merupakan kenalannya.

    Difahamkan, jenazah Nur Farhana Kartini akan dikebumikan di kampung halamannya di Miri, Sarawak selepas hasil bedah siasat selesai.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerjasama Sarawak dengan Mitsubishi Power bukti kukuh untuk wujudkan ekonomi berasaskan...

    0
    HYOGO, 19 DISEMBER 2024: Industri hidrogen akan memainkan peranan transformatif dalam landskap tenaga global dan Sarawak komited untuk berada di barisan hadapan dalam evolusi...