More
    Home Sarawak Bintulu RM20 bilion telah diperuntukan bagi menaik taraf jaringan jalan raya di seluruh...

    RM20 bilion telah diperuntukan bagi menaik taraf jaringan jalan raya di seluruh negeri

    BINTULU, 12 JULAI 2024: Pembangunan jaringan jalan raya terus menjadi fokus kerajaan Sarawak dalam meningkatkan ketersambungan di seluruh wilayah ini sekali gus memacu pemerkasaan sektor pertanian tempatan.

    Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinannya telah memperuntuk sejumlah RM20 bilion setakat bagi pelaksanaan projek-projek jalan raya termasuk jalan pesisir.

    “Ia memakan kos yang tertinggi disebabkan keperluan di kawasan berdekatan sungai, contohnya projek Jambatan Bintulu-Kemena yang bernilai lebih RM400 juta.

    “Jambatan ini akan menyediakan akses di antara kawasan Bintulu Proper dan Jepak. Seterusnya, dari Jepak kita akan dapat ke Tatau. Ini akan membuka kawasan berkenaan untuk aktiviti pertanian selain sawit,” katanya semasa merasmikan Majlis Penutupan Kongres Pertanian Mampan dan Keselamatan Makanan (COSAFS2024) di sini pada Jumaat.

    YAB Premier ketika menyempurnakan simbolik Majlis Penutupan Kongres Pertanian Mampan dan Keselamatan Makanan (COSAFS2024)-foto UKAS

    Datuk Patinggi Abang Zohari menambah, pemerkasaan jaringan jalan raya dapat menjurus kepada kemajuan sektor pertanian memandangkan usahawan tani boleh mendapat akses kepada pasaran luar.

    Beliau menjelas lanjut, akses kepada pasaran luar merupakan faktor penting dalam pembangunan pertanian selain dua faktor lain iaitu teknologi dan infrastruktur.

    Dalam hal ini katanya, sistem pengairan dan saliran juga dijadikan keutamaan untuk fasa pertama pembangunan kawasan seluas 3,000 ekar merangkumi Tanjung Bijat, Stumbin dan Lingga di Sri Aman, Gedong dan Simunjan serta Lundu sebagai lokasi penanaman padi.

    “Kita tidak boleh menunggu keputusan Putrajaya kerana ini adalah keperluan mendesak.

    “Jadi, kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM500 juta untuk membangunan kawasan-kawasan ini dengan peruntukan awal sebanyak RM32 juta telah disalurkan untuk Gedong dan selepas ini kita akan memajukan sistem pengairan dan saliran di Sri Aman, Lingga, Tanjung Bijat dan Lundu,” ujarnya.

    Dalam majlis tersebut, Datuk Patinggi Abang Zohari juga telah menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Jabatan Pertanian Sarawak diwakili Pengarahnya Dominic Chunggat dan Universiti Putra Malaysia (UPM) diwakili Naib Canselor UPM Dato’ Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd. Sadullah.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Semua Pelajar Sarawak di IPT seluruh Malaysia layak terima Bantuan Wang...

    0
    KUCHING, 23 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak tidak mengenakan sebarang pembayaran balik ke atas Bantuan Wang Saku yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari negeri ini yang...