More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan dana yang besar bagi pelaksanaan projek bekalan air...

    Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan dana yang besar bagi pelaksanaan projek bekalan air di seluruh negeri

    KUCHING, 07 JULAI 2024 (SNN): Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar dalam menyediakan perkhidmatan bekalan air di seluruh negeri Sarawak yang dilaksanakan oleh agensi di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak seperti Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (LAKU), Lembaga Air Sibu (SWB), dan LAKU Management Sdn Bhd (LAKU).

    Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi dalam satu kenyataan memberitahu, sejak tahun 2018 sejumlah RM4 bilion telah diperuntukkan oleh Kerajaan Sarawak di bawah peruntukan Alternative Funding bagi melaksanakan 304 projek bekalan air yang kini masih dalam proses pelaksanaan.

    Katanya, setakat ini sebahagian besar projek terbabit iaitu sebanyak 262 projek telahpun siap manakala 38 lagi projek masih dalam peringkat pembinaan dan empat (4) lagi projek masih berstatus dalam perancangan.

    “Kerajaan Sarawak juga telahpun meluluskan siling peruntukan berjumlah RM809 juta di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) bagi pelaksanaan 127 projek bekalan air seluruh Sarawak.

    “Keseluruhannya menjadikan sebanyak 431 projek bekalan air dibiaya oleh Kerajaan Sarawak sendiri sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 288 projek telahpun siap manakala 44 projek masih dalam pembinaan termasuk 99 lagi di peringkat perancangan,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

    Kenyataan media Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) pada Sabtu

    Tambah Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu lagi, pelaksanan projek ini telah memberi impak yang besar dalam menangani masalah bekalan air bersih yang serius terutama bagi kawasan luar bandar di seluruh Sarawak dengan peningkatan liputan air daripada 61.9 peraus pada tahun 2018 kepada 70.5 peratus menjadikan keseluruhan liputan kawasan mendapat bekalan air kepada 85.4 peratus setakat ini.

    “Kerajaan Sarawak juga sedang mengusahakan pelaksanaan projek menggantikan paip lama atau uzur dengan menaiktaraf paip sepanjang 2,742 Kilometer secara berfasa di seluruh Sarawak dengan kos sebanyak RM1.085 bilion melalui Alternative Funding dan daripada jumlah itu sebanyak RM247 juta diperuntukkan pada tahun ini bagi pelaksanaan segera,” ujarnya lagi.

    Jelas beliau, pihaknya bersama agensi-agensi di bawah kementeriannya optimis dan sentiasa berusaha untuk melaksanakan segala projek yang telah dirancang dan menangani isu berkaitan bekalan air yang dihadapi oleh rakyat.

    “Saya turut menyeru agar kita bersama-sama mengembleng tenaga dan kerjasama bagi merealisasikan perancangan telah dibuat bagi memastikan liputan fasiliti bekalan air seluruh Sarawak dapat ditingkatkan selaras dengan Pelan Induk Bekalan Air Sarawak dan Grid Air dan Post COVID-19 Development Strategy 2030 (PCDS 2030),” tegas beliau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Semua Pelajar Sarawak di IPT seluruh Malaysia layak terima Bantuan Wang...

    0
    KUCHING, 23 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak tidak mengenakan sebarang pembayaran balik ke atas Bantuan Wang Saku yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari negeri ini yang...