More
    Home Sarawak Kuching Pelaku Vandalisme Utiliti dan Telekomunikasi perlu dihukum lebih berat-Premier

    Pelaku Vandalisme Utiliti dan Telekomunikasi perlu dihukum lebih berat-Premier

    KUCHING, 04 JULAI 2024: Kerajaan Sarawak akan mengkaji semula undang-undang sedia dalam usaha memerangi kegiatan vandalisme terhadap kemudahan utiliti dan telekomunikasi di negeri ini.

    Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Peguam Besar Sarawak bagi membincangkan mengenai perkara itu.

    “ketika ini peruntukan undang-undang sedia ada seperti Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend 1946 tidak begitu berat buat pesalah contohnya kesalahan terhadap peniaga barangan terpakai yang dicuri hanya didenda sebanyak RM5,000 (Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend 1946) dan ianya adalah terlalu rendah.

    “Misalnya, apabila ‘copper coil’ dicuri dan dijual harganya boleh mencecah RM5,000. Mereka boleh bayar denda tersebut dan curi lagi,” katanya semasa berucap dalam Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Vandalisme Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi 2024 di Pusat Konvensyen Kuching pada Rabu.

    YAB Premier menyempurnakan simbolik Pelancaran Kempen Pencegahan Vandalisme Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi 2024

    Sementara itu, Datuk Patinggi Abang Zohari menambah perkara tersebut akan dirujuk semula kerana undang-undang sedia ada di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan itu adalah bidang kuasa di bawah Kerajaan Persekutuan.

    “Tapi saya akan rujuk kepada Peguam Besar negeri kita mungkin kita melihat undang-undang lain yang boleh diguna pakai macam pihak berkuasa tempatan kerana saya nampak bahawa penaltinya tidak memadai kalau hanya RM5,000,” katanya.

    Untuk rekod, pelancaran kempen kali ini juga turut mengadakan beberapa kempen menggunakan pelbagai medium seperti Publisiti Kempen Vandalisme melalui media sosial,media massa,bill board dan pemasangan banting di kawasan strategik, Pertandingan Tiktok Vandalisme, Pertandingan Pidato Vandalisme, Pameran kesan-kesan vandalisme di seluruh Sarawak.

    Turut hadir sama ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar; Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS); Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak; Datuk Ir. Aidel Lariwoo, Pesuruhjaya Polis Sarawak; Dato Mancha Ata serta Ketua-ketua Jabatan.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...