More
    Home Sarawak Limbang Trio Syahmura dari Sabah dinobat sebagai juara Pertandingan Nasyid Malam Kesenian Islam...

    Trio Syahmura dari Sabah dinobat sebagai juara Pertandingan Nasyid Malam Kesenian Islam 2024

    LAWAS, 20 MEI 2024: Kumpulan Trio Syahmura dari Jabatan Agama Islam Sabah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Nasyid Malam Kesenian Islam 2024 yang berlangsung di Kampung Dato, Kuala Lawas pada Jumaat.

    Program tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan tetamu kehormat yang lain.

    Pertandingan itu merupakan Kemuncak Malam Kesenian Islam Sempena Karnival Rahmah Madani yang diadakan di Dataran Tebingan Sungai.

    Sementara itu, naib johan dirangkul oleh Kumpulan Nur Istiqamah dari PPWS Lawas manakala Kumpulan AD-Daie dari Limbang menamatkan pertandingan di tempat ketiga.

    Untuk makluman, pertandingan itu menyaksikan penyertaan sembilan pasukan nasyid dari Limbang, Sabah dan Lawas.

    Turut membuat persembahan dalam program itu ialah kumpulan UNiC dari Semenanjung selaku jemputan khas.

    Selain itu, turut ditampilkan persembahan khas Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Sahibus Siyadah Mual Suaud dengan mendeklamasikan sajak.

    Datuk Amar Awang Tengah bersama Ahli Parlimen Lawas ketika menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang-foto UKAS

    Sebelumnya, pada Majlis Perasmian Karnival Rahmah Madani Datuk Amar Awang Tengah dalam ucapan beliau menuntut agar masyarakat menguasai ilmu teknologi yang kini bergerak pesat seiring dengan kemajuan negeri Sarawak.

    Katanya lagi, untuk terus bergerak maju rakyat seharusnya menguasai pelbagai ilmu dan minda yang kuat disanping melakukan kerja bersungguh-sungguh, amanah, integriti tanpa mengira latar belakang pekerjaan.

    Hadir sama, Ahli Parlimen Lawas; Dato Henry Sum Agong, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM; Dr Ruslan Said, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf dan Harta; Dato Selamat Paigo, Pengurus LCDA; Datu Sr Zaidi Mahdi, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak; Sahibus Siyadah Mual Suaud, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Sarawak; Ustaz Hamdan Jar’ee, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak; Awgku Jinal Abidin Dato Pengiran Jawa, Residen Bahagian Limbang; Yunus Tambi, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK)-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...