More
    Home Sarawak Kuching Seluas 3.9 juta daripada 6 juta hektar kawasan telah diwartakan sebagai Hutan...

    Seluas 3.9 juta daripada 6 juta hektar kawasan telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal

    KUCHING, 15 MEI 2024: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Hutan Sarawak telah mewartakan kawasan seluas 3.9 juta hektar sebagai Hutan Simpan Kekal daripada enam juta hektar yang disasarkan.

    Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, berkata, pada tahun ini, Kerajaan Sarawak telah mewartakan sebuah kawasan Hutan Simpan Kekal yang baharu iaitu Bajoh-Ujong Murod Protected Forest yang berkeluasan 13,125 hektar.

    Menurutnya, ia menjadikan luas keseluruhan Hutan Simpan Kekal di Sarawak setakat ini adalah 3,960,471 hektar.

    “Kerajaan Sarawak juga komited untuk menanam sebanyak 35 juta pokok melalui inisiatif ‘Greening Sarawak Campaign’ dengan menggalakkan penanaman pokok termasuk spesis pokok untuk perhutanan bandar, pokok ladang hutan, pokok hutan asli dan sebagainya.

    “Sarawak merupakan penyumbang tertinggi bagi penanaman pokok di Malaysia setakat April 2024 dengan merekodkan penanaman sebanyak lebih 34 juta pokok dan kita menjangka dapat mencapai sasaran penanaman 35 juta pokok dalam masa terdekat, iaitu lebih awal daripada tahun sasaran 2025,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu.

    Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Hutan Sarawak juga telah mengadakan kolaborasi dengan pelbagai pihak di luar negara bagi mengukuhkan pengurusan hutan, teknologi perhutanan dan penyelidikan hutan di Sarawak.

    Jelasnya, pada November 2023, pihak Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa (ITTO) telah meluluskan dua projek baharu.

    “Projek tersebut ialah Pengurusan Kawasan Pemuliharaan Sungai Menyang untuk Perlindungan Orang Utan dan Meningkatkan Kehidupan Komuniti, Sarawak, Malaysia bernilai USD261,904 dan Peningkatan Kritikal Kehidupan Tempatan: Tindakan Segera untuk Pemuliharaan dan Pembangunan Berasaskan Komuniti di Upper Baram, Sarawak, Malaysia bernilai USD139,000 telah diluluskan,” jelasnya.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...