BELAWAI, 16 MAC 2024: Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh menyerahkan sumbangan duit raya kepada 202 orang asnaf dan warga emas Kampung Jerijeh berjumlah keseluruhan RM10,100 pada malam Jumaat.
Sumbangan tersebut merupakan pemberian Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rajang (LAKIKR) dan juga dari Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kuala Rajang yang telah dilaksanakan sejak 2016.
Pada majlis sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang itu turut menyertai solat Maghrib dan Isyak serta Tarawih bersama-sama penduduk kampung Jerijeh.
Terdahulu, Datuk Len telah berkesempatan untuk solat Jumaat bersama penduduk di Kampung Bukit Kinyau sebelum berangkat ke Sarikei untuk menyempurnakan Perasmian Bazaar Ramadan Sarikei.
Sejurus itu, beliau meneruskan perjalan ke Kampung Jerijih bagi meneruskan Program Jelajah Ramadhan DUN Kuala Rajang yang merupakan program tahunan sempena Bulan Ramadan.
Untuk makluman, program berbuka puasa ini merupakan Program Jelajah Ramadan DUN Kuala Rajang anjuran Pusat Khidmat Kuala Rajang.-UKAS