More
    Home Sarawak Limbang PKS mampu dikembangkan berikutan Sarawak mempunyai pelbagai sumber dan keunikan

    PKS mampu dikembangkan berikutan Sarawak mempunyai pelbagai sumber dan keunikan

    LAWAS, 10 MAC 2024 (SNN): Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri Sarawak mampu dikembangkan lebih jauh berikutan negeri Sarawak memiliki pelbagai sumber serta keunikan tersendiri.

    Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, golongan perusahaan kecil dan sederhana ini merupakan tulang belakang pertumbuhan ekonomi negara amnya dan Sarawak khususnya.

    “Kita akan berusaha dan insya Allah kita akan selaraskan pensijilan halal termasuk industri kecil dan sederhana.

    “Penglibatan kita ini penting selari dengan matlamat untuk mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030 bahkan sekarang Bank Dunia sudahpun mula mengiktiraf Sarawak sebagai negeri maju,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Zon Halal Anjung Sari & Medan Selera Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Daerah Lawas pada Jumaat.

    Datuk Amar Awang Tengah menyerahkan sijil halal kepada premis-premis perniagaan di kawasan Anjung Sari dan juga Medan Selera SEDC.-foto UKAS

    Tambah beliau lagi, keperluan utama ketika ini adalah untuk membangunkan kawasan utara Sarawak secara berperingkat dan salah satunya dalam proses pembinaan sekarang adalah ‘Northen Coastal Highway’ dari Miri terus ke Sabah tanpa melalui Brunei.

    “Kita juga berhasrat untuk Limbang dan Lawas disambung ke Grid Elektrik Sarawak. Kita juga akan mempertingkatkan lagi bekalan air dan kita juga akan laksanakan jeti pelabuhan dalam tahun ini.

    “Begitu juga dengan lapangan terbang yang mana fasa pertama dilaksanakan pada tahun ini.

    “Semua ini akan mewujudkan ekosistem yang lebih baik serta tertumpu dari segi pembangunan seperti pelancongan, penternakan dan lain-lain untuk menarik para pelabur,” ujar beliau.

    Turur hadir sama Ahli Parlimen Lawas; Dato Henry Sum Agong, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak; Datuk Misnu Taha, Pegawai Daerah Lawas; Ladin Atok serta tetamu lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...