BARCELONA, 26 FEBRUARI 2024 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi mengetuai rombongan dari Sarawak bagi menghadiri Mobile World Congress (MWC) yang akan diadakan secara rasmi di Barcelona, Sepanyol pada hari ini.
Beliau dalam satu kenyataan memberitahu, sejurus tiba beliau dan rombongan dari Sarawak berkesempatan mengadakan perjumpaan awal dengan pihak Kumpulan Ericsson yang juga akan menghadiri kongres berkenaan.
Pada pertemuan terebut, Dato Sri Julaihi menyerahkan senaskah buku bertajuk ‘Sarawak Digital Economy Blue Print 2030’ mengenai perancangan Sarawak ke arah wilayah berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030 kepada Mr Borje Ekholm iaitu wakil Ericsson.
Turut hadir bersama adalah Menteri Komunikasi Malaysia; Fahmi Fazil dan rombongan dari Sarawak Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi; Datuk Liwan Lagang, Setiausaha Kewangan Sarawak; Dato Sri Wan Lizozman Wan Omar, Setiausaha Tetap Kementerian MUT; Jafri Lias dan CEO SMA; Datu Dr Anderson Tiong.