More
    Home Sarawak Kuching Bekas TYT Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia

    Bekas TYT Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia

    KUCHING, 21 FEBRUARI 2024 (SNN): Mantan Yang di-Pertua Negeri Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghembuskan nasfas terakhir beliau di Kuala Lumpur sekitar jam 4.40 pagi tadi kerana sakit tua.

    Perkara tesebut disahkan sendiri oleh Setiausaha Sulit kepada Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Nurr Shaffique Abdul Karim melalui Facebook rasmi Hanifah sebentar tadi.

    “Kembalinya ayahanda YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud kepada penciptaNya, lebih kurang 4.40 pagi, 21 Februari 2024 bersamaan 11 Syaaban Hijrah.,” katanya dalam hantaran itu.

    Beliau menambah, pengurusan jenazah Allahyarham akan dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Penghormatan terkahir Allahyarham Tun dijangka akan diadakan di Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) sebelum disemadikan di tanah perkuburan Demak Jaya.

    Untuk rekod, Allahyarham Tun Taib merupakan bekas Ketua Menteri Sarawak selama enam penggal (30 tahun) sebelum diangkat menjadi TYT Sarawak dan turut digelar sebagai Bapa Pembangunan Negeri Sarawak.

    “Semoga rohnya tempatkan di bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh,” kata kenyataan itu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...