More
    Home Malaysia Pelaksanaan polisi kemasukan secara percuma ke IPTA/IPTS bukti kerajaan utamakan kualiti pendidikan...

    Pelaksanaan polisi kemasukan secara percuma ke IPTA/IPTS bukti kerajaan utamakan kualiti pendidikan anak Sarawak

    TEBEDU, 20 JANUARI 2024: Kerajaan Sarawak komited dalam melaksanakan polisi kemasukan secara percuma ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) milik Sarawak bermula pada tahun 2026.

    Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapa’ee berkata, antara IPTA yang dikenalpasti adalah Universiti Swinburne, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), CENTEXS dan Kolej Universiti ICATS.

    “Kesemua institusi ini akan menyediakan pendidikan secara percuma khususnya untuk pelajar luar bandar dalam usaha membantu mereka mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi.

    “Pihak Kementerian Pendidikan Sarawak kini merangka perancangan bagi mencari kaedah atau formula untuk memperbaiki keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar luar bandar di negeri ini supaya dapat mengisi peluang pendidikan percuma di IPTA pada tahun 2026 nanti,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguhan Program PLaSS 2.0 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taee, pada Jumaat.

    Ketibaan Datuk Dr. Annuar Rapa’ee disambut oleh ADUN Tebedu dan pihak sekolah SMK Taee, Serian-Foto UKAS

    Selain itu, Datuk Dr. Annuar memberitahu, kerajaan Sarawak pada tahun ini menambah peruntukan Skim Baucer Tuisyen kepada RM15 juta berbanding RM10 juta sebelum ini bagi pelajar Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5.

    Beliau berharap dengan usaha dan pendekatan yang dipraktikkan itu akan mencapai matlamat pihak kementerian untuk melihat 120,000 pelajar SPM membanjiri IPTA secara percuma pada tahun 2026 sekaligus melahirkan lebih ramai anak Sarawak yang mampu mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

    “Bagi memastikan usaha dan hasrat itu tercapai, semua pihak harus memainkan peranan mereka seperti pihak Dayak Bidayuh National Association (DBNA), ketua masyarakat, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) termasuk ibu bapa sendiri,” ujarnya.

    Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu; Dr. Simon Sinang Bada, Presiden DBNA Sarawak merangkap Pegawai Tadbir Khas GKCDA; Datu Ik Pahon Joyik, Pegawai Pendidikan Daerah Serian; Bunsie Turton dan Pengetua SMK Taee; Julius Mundor.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...