More
    Home Kampus Dasar pendidikan harus seimbang dengan matlamat Sarawak mengutamakan teknologi sebagai ekonomi baharu

    Dasar pendidikan harus seimbang dengan matlamat Sarawak mengutamakan teknologi sebagai ekonomi baharu

    KUCHING, 14 JANUARI 2024: Dasar pendidikan di Sarawak perlu seimbang dengan meletakkan teknologi sebagai keutamaan dalam ekonomi baharu yang diceburi oleh kerajaan Sarawak.

    Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, dilema pengangguran dalam kalangan lepasan universiti disebabkan pemilihan kursus pengajaran yang tidak sesuai dengan ekonomi baharu hingga menjadi tanda tanya kepada semua orang.

    “Kalau terlalu banyak pelajar yang menceburi bidang sains sosial pun susah jugak kerana ia mencipta graduan yang menganggur.

    “Ini sehinggakan ada ibu bapa di kampung bertanya mengapa anak-anak mereka yang sudah habis belajar masih tidak dapat bekerja. Maka dasar kita perlulah seimbang dan kita letakkan teknologi sebagai bidang yang diutamakan,” jelasnya ketika dalam Sesi ‘Townhall’ 7 Tahun Bersama Yang Amat Berhormat Premier Sarawak yang berlangsung di Hikmah Exchange pada Sabtu.

    Premier Sarawak dalam pada itu menyeru agar para pelajar menceburi bidang yang berhubung kait dengan ekonomi baharu apabila pendidikan tertiari diberikan percuma kepada anak-anak negeri ini pada tahun 2026.

    Dalam pada itu, Datuk Patinggi Abang Zohari menambah, belia juga perlu diberi perhatian kerana Sarawak memerlukan mereka untuk pembangunan negeri ini pada masa hadapan.

    “Belia itulah harapan bangsa dan Sarawak pun berharap kepada orang belia. Jadi, kita mesti mempunyai satu dasar untuk memperkasakan mereka dan salah satu caranya adalah melalui pendidikan,” katanya lagi.

    Beliau menambah, belia Sarawak mempunyai harapan yang cerah selepas tahun 2030 disebabkan asas kuat berdasarkan ekonomi baharu yang telah dibina oleh kerajaan kini.

    Hal ini katanya akan menarik pelbagai pelabur disebabkan tenaga kerja yang dilahirkan berdasarkan belia yang berkemahiran tinggi dalam bidang ekonomi baharu.

    Turut hadir sama isteri Premier Sarawak; Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Perdana Menteri; Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Professor Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Negara Senator; Tan Sri Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan dan Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-Timbalan Menteri Persekutuan dan Sarawak, Barisan Kabinet Sarawak, Dif-Dif Kenamaan, Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...