More
    Home Malaysia Prof Dr. Ahmad Hata dilantik sebagai Naib Canselor UNIMAS baharu

    Prof Dr. Ahmad Hata dilantik sebagai Naib Canselor UNIMAS baharu

    KOTA SAMARAHAN, 04 JANUARI 2024 (SNN): Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Profesor Dr Ahmad Hata Rasit yang dilantik Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) baharu yang menggantikan Datuk Profesor Dr Mohamad Kadim Suaidi, berkuat kuasa 8 Januari ini.

    Beliau dalam satu kenyataan memberitahu, pelantikan Prof Dr. Ahmad Hata diharap mampu memimpin UNIMAS ke arah kecemerlangan lebih gemilang dan sebagai pusat rujukan ilmu dari dalam dan peringkat antarabangsa.

    Sementara itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan media juga berkata, pelantikan Ahmad Hata adalah untuk tempoh tiga tahun, mulai 8 Januari 2024 hingga 7 Januari 2027.

    “Pelantikan beliau dilihat mampu meneruskan agenda merakyatkan universiti dan menyumbang kepada pembangunan anak Sarawak melalui kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

    “Kementerian juga yakin pelantikan Ahmad Hata mampu memacu kecemerlangan UNIMAS sebagai sebuah Universiti Komprehensif yang berteraskan kepada tiga bidang tujahan iaitu pemuliharaan biodiversiti dan alam sekitar, teknologi maklumat, komunikasi dan kreatif serta kelestarian transformasi komuniti,” ujar kenyataan itu lagi.

    Datuk Seri Zamry menyampaikan watikah pelantikan kepada Ahmad Hatta di Putrajaya.-foto UNIMAS

    Mengenai latar belakang beliau, Ahmad Hata seorang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dan Ijazah Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1991 dan 1994.

    Kemudian, Ahmad Hata melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Surgeri (Ortopedik) dari universiti sama pada 2001.

    Beliau memiliki pengalaman luas dalam pentadbiran organisasi di peringkat universiti, penyandang Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS dari 2019 serta Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS selama tujuh tahun dari 2012.

    Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT; Mohamad Azhan Md Amir dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi; Profesor Dr Azlinda Azman.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...