More
    Home Sarawak Betong Usaha PNK Kabong bantu komuniti nelayan mendapat sokongan dan disambut baik ADUN...

    Usaha PNK Kabong bantu komuniti nelayan mendapat sokongan dan disambut baik ADUN Kabong

    KABONG, 28 DISEMBER 2023 (SNN): Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir menyambut baik kerjasama antara agensi kerajaan dengan pertubuhan nelayan yang dilihat membawa impak positif kepada pembangunan di kawasan Kabong.

    Katanya, beliau sebagai wakil rakyat atau wakil kepada kerajaan negeri di kawasan berkenaan akan berusaha untuk membantu segala keperluan penduduk demi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

    “Pada ketika ini Persatuan Nelayan Kecil (PNK) Kabong sudah merancang beberapa projek yang pasti akan membawa impak positif kepada taraf sosioekonomi masyarakat di sini terutama komuniti nelayan.

    “Saya menyambut baik usaha terbabit, semoga apa yang sedang dirancang oleh mereka itu menjadi kenyataan dan meningkatkan aktiviti ekonomi penduduk di sini,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Pejabat Nelayan Kecil (PNK) Kabong, pada Rabu.

    Mohd Chee Kadir menyerahkan sumbangan bernilai RM15,000 kepada pihak PNK Kabong bagi tujuan aktiviti tahunan persatuan-foto Pusat Khidmat DUN Kabong

    Tambah beliau, sebagai wakil rakyat yang membawa suara rakyat di kawasan DUN Kabong akan berusaha membantu apa sahaja bentuk keperluan demi memastikan kawasan ditadbir beliau terus maju.

    Sementara itu, pengurus PNK Kabong, Sahariya Tahot yang turut berucap pada majlis itu berkata, PNK Kabong kini sedang merancang melaksanakan lima projek untuk membangunkan sosioekonomi penduduk mulai tahun depan.

    Lima projek terbabit ialah pembinaan Stesen Minyak PNK Kabong, naik taraf Yellow Cafe dan projek ternakan ikan air tawar, katanya.

    Menurutnya, selain itu PNK juga akan menyelesaikan isu tanah Tanjung Kembang (AVTC) serta membina tempat penginapan keluarga (inap desa) dan tempat makan baharu.

    Dalam majlis yang sama, selepas mengadakan lawatan ke bengkel pengusaha pembuat bot gentian kaca (fiber) di Kampung Sungai Benang Mohd Chee Kadir telah menyumbangkan peruntukan berjumlah RM50,000 bagi kerja awalan pembinaan bengkel bot berkenaan.

    Turut hadir, Encik Darmizan Bin Daud; Pengerusi PNK Kabong, Encik Suhaili Bin Ini, Dan Encik Shukeri Bin Kipeli; masing-masing Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PNK Kabong.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...