More
    Home Malaysia Dato Sri Julaihi sempurnakan Majlis Penyerahan Geran MRP dan Insentif Pendidikan di...

    Dato Sri Julaihi sempurnakan Majlis Penyerahan Geran MRP dan Insentif Pendidikan di Sebuyau

    SEBUYAU, 09 DISEMBER 2023 (SNN): Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta Jawatankuasa Tempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau telah menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM250,000.

    Penyerahan geran tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi dalam satu majlis ringkas di Pusat Khidmat DUN N27 Sebuyau, Kampung Sampat Sebangan pada Rabu.

    Menurut Dato Sri Julaihi, geran berkenaan disalurkan untuk pelaksanaan pelbagai projek dan program kemasyarakatan di kawasannya.

    “Ini jelas menunjukkan komitmen dan keprihatinan kerajaan Sarawak dalam membantu penduduk di kawasan luar bandar,” katanya semasa berucap.

    Dato Sri Julaihi bersama penerima geran merakam gmabar usai majlis penyerahan cek di Kmapung Sampat, Sebuyau.

    Dalam pada itu, Dato Sri Julaihi juga turut menyerahkan sumbangan cek berjumlah RM150,000 kepada empat Majlis Sarawak Bahai Charitable Thrust diikuti Insentif Pendidikan kepada 20 pelajar cemerlang dalam peperiksaan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM9,200.

    Beliau menekankan bahawa kerajaan Sarawak sentiasa menyokong usaha dan inisiatif dari pelbagai pihak dalam meningkatkan mutu pendidikan negara dan melahirkan modal insan yang berkualiti.

    Hadir sama wakil Pegawai Daerah Sebuyau; Noor Faizreen Yusuf, Penghulu Masyarakat Melayu Kawasan Sebangan; Abdul Hamid Zaini dan Penghulu Masyarakat Melayu Kawasan Sebuyau; Abu Seman Suhaili.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...